Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Saintis dapati melihat cahaya merah baik untuk mata, ini penjelasan mereka

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam The Jounrals of Geronotology, penyelidik mendapati bahawa cahaya merah dengan panjang gelombang sekitar 670mm yang digunakan mereka dalam ujikaji telah mempertingkat tahap kesihatan mata subjek yang berumur 30-an.

Spektrum cahaya boleh lihat (sumber)

Di akhir eksperiman, penyelidik mendapati yang tahap penglihatan subjek bertambah baik sehingga 20% terutamanya terhadap subjek yang berumur 38 tahun keatas.

Keupayaan melihat dalam keadaan malap juga dikesan meningkat sekitar 22% untuk golongan senior tapi tiada perubahan ditunjukkan untuk subjek muda.

Lokasi retina dalam mata (sumber)

Metodologi yang digunakan ialah, sebuah lampu suluh yang telah diubah suai untuk pancarkan cahaya merah dengan gelombang 670mm. Subjek kemudiannya diminta melihat kearah sumber cahaya tersebut selama 3 minit setiap pagi untuk 2 minggu sebelum tahap pengelihatan mereka dicerap menggunakan alat khas untuk pebandingan sebelum-selepas dilakukan.

Contoh lampu suluh yang digunakan

Kenapa gelombang cahaya 670mm digunakan?

Penyelidik menerangkan bahawa retina mata ialah komponen dalam badan yang paling pantas menjadi tua. Ia disebabkan mitokondria yang terkandung dalamnya bekerja dengan sangat kuat untuk hasilkan tenaga semasa proses melihat berjalan.

Kedudukan mitokondria dalam sel (sumber)

Seiring dengan umur, mitokondria itu hilang kecekapannya dan tenaga yang dihasilkan tak sebanyak dahulu dan akhirnya memberi kesan kepada pengoperasian retina mata kerana tak cukup tenaga.

Sebab 670mm digunakan ialah menurut kajian terdahulu, mitokondria teruja dengan cahaya sekitar 650-1000mm.

Sumber

BACA  Game ini diperakukan FDA sebagai salah satu ubat merawat ADHD