Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Mod gelap Facebook akan dapat dinikmati ramai pengguna tidak lama lagi

Mod Gelap atau Dark Mode adalah satu fungsi yang menjadi kegemaran ramai kebelakangan ini. Selain memberikan paparan yang lebih selesa dipandang, ia juga boleh menjimatkan bateri terutama sekali dengan skrin OLED.

Agak aneh apabila aplikasi media sosial paling popular di dunia, Facebook masih belum ada fungsi tersebut. Tetapi ia telah ditemui oleh beberapa pengguna, di mana mereka telah berjaya mengaktifkan Dark Mode di dalam aplikasi mudah alih Facebook.

Seorang pengguna twitter telah berkongsi berkenaan penemuan tersebut. @NotFridayCraig memuat naik gambar antaramuka aplikasi Facebooknya, di mana ia menunjukkan latar gelap hitam dan kelabu, memaklumkan beliau telah menerima tetapan Dark Mode di dalam aplikasi Facebook di iPhone beliau.

Facebook menyatakan, fungsi Dark Mode ini hanya terdapat pada jumlah pengguna yang sangat sedikit. Walaubagaimanapun, ia petanda yang ia sedia digunakan dan akan diberikan kepada lebih ramai pengguna tidak lama lagi.

Jika anda salah seorang pengguna yang layak, anda boleh mengaktifkan tetapan Dark mode ini di Menu > Privacy and Settings > Dark Mode. Aktifkan butang Dark Mode dan anda akan di bawa ke sisi gelap Facebook.

Facebook turut memiliki perisian media sosial lain seperti Instagram, Messenger dan WhatsApp, di mana perisian ini semuanya telah memiliki fungsi Dark Mode di aplikasi mudahalih. Cuma Facebook yang masih belum ada padanya, sehingga membuatkan pengguna mencari jalan lain melalui pihak ketiga.

Sumber: Malay Mail

BACA  Banyak app iPhone tidak boleh dilancarkan angkara Facebook