• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Snapdragon Wear 4100+ diperkenal, kini 25% lebih cekap tenaga

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:11 am
  • 01/07/2020
  • Komen
Snapdragon Wear 4100+ diperkenal, kini 25% lebih cekap tenaga
Share on FacebookShare on Twitter

Jam tangan pintar daripada Android senantiasa terkebelakang berbanding pesaing Apple-nya. Masalah yang sering diutarakan ialah hayat bateri yang pendek serta pengalaman penggunaan yang tak semenggah. Tapi, semuanya mungkin berubah tahun ini kerana Snapdragon telah mengumumkan SoC terbaharu untuk peranti boleh pakai.

Snapdragon Wear 4100+/4100 diperkenal untuk menggantikan Snapdragon Wear 3100 yang sudahpun berusia sekitar 2 tahun. Ada banyak penambahbaikkan dibawakan pada cip ini kalau anda lihat pada spesifikasinya.



Perubahan paling ketara adalah penggunaan litografi 12nm untuk gantikan litografi 28nm yang tentunya beri kesan pada hayat bateri. Atas cip tersebut terkandung teras Cortex-A53 berkelajuan 1.7Ghz.

Ada juga teras sokongan Cortex M0 yang diwarisi daripada generasi sebelum ini. Ia berfungsi sebagai pemproses cekap tenaga. Biasanya digunakan untuk meproses data daripada sensor-sensor seperti pengimbas nadi, GPS, dan sebagainya.



Lagi perihal kecekapan tenaga, selain litografi dan pemproses sokongan, ia turut dilengkap Bluetooth 5.0. Kesemua fungsi-fungsi ini berpadu untuk kurangkan penggunaan tenaga melebihi 25% berbanding generasi terdahulu.

Yang masih tiada pada SoC ini adalah ciri Wi-Fi 5Ghz. Bahagian modem LTE juga tak ditambah baik. Ia tetap gunakan modem X5 LTE seperti sebelumnya.

Jam pertama yang menggayakan SoC ini ialah Mobvoi TicWatch Pro 3. Suunti juga akan memperkenalkan produk mereka tak lama lagi, begitu juga dengan Imoo.

Sumber: Qualcomm

Tags: snapdragonsnapdragon wearsnapdragon wear 4100snapdragon wear 4100+
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Snapdragon Wear 4100+ diperkenal, kini 25% lebih cekap tenaga

Snapdragon Wear 4100+ diperkenal, kini 25% lebih cekap tenaga

1 July 2020
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER