• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Wilayah di Indonesia isytihar darurat selama 3 bulan akibat kebakaran hutan

  • OLEH Najib
  • 2:08 pm
  • 02/07/2020
  • Komen
Wilayah di Indonesia isytihar darurat selama 3 bulan akibat kebakaran hutan
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah wilayah di Indonesia telah mengisytiharkan darurat akibat kemunculan ratusan titik-titik panas yang berisiko menjadi kebakaran hutan. Kalimantan yang terletak di Borneo, sering dilanda kebakaran setiap tahun di mana seluas 1.6 juta hektar telah terbakar tahun lepas, tragedi terburuk direkodkan sejak 2015.

Kebakaran yang berlaku di Kalimantan ini telah membawa jerebu asap yang teruk bukan sahaja di Indonesia, malah ke negara jiran seperti Brunei, Singapura dan juga Malaysia. Tahun ini, dibimbangi kerajaan Indonesia berhadapan kekangan untuk menghalang kebakaran ini, akibat wabak COVID-19 yang masih belum selesai.



Ketua Mitigasi Bencana Kalimantan Tengah, Darliansjah menyatakan, mereka telah mengesan lebih dari 700 titik panas di seluruh wilayah sejak awal tahun ini. Berpuluh-puluh kawasan kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh pihak mereka. Pengisytiharan ini dibuat sebagai langkah berjaga-jaga akibat musim kering, dari Julai sehingga September 2020.

Bacaan IPU tinggi akibat jerebu tahun 2019. Sumber: TV3

Selain cuaca panas, kebakaran di Indonesia sering terjadi akibat pembakaran sengaja yang dibuat untuk meratakan kawasan pertanian seperti ladang kelapa sawit. Pembakaran merupakan cara yang mudah dan berkos rendah untuk melapangkan tanah selepas selesai menuai, membuatkan ia sering menjadi pilihan pihak yang tidak bertanggungjawab.



Pihak berkuasa Kalimatan telah pun mula mengerahkan ribuan petugas dan kapal terbang pengebom air sejak Mei, untuk mengatasi masalah kebakaran ini. Bomba juga telah memulakan pembenihan awan, cara untuk membentuk awan menurunkan hujan yang dijangka akan diteruskan sehingga akhir musim kering, pada bulan September.

Tahun lepas, kebakaran yang sangat teruk di Indonesia mengakibatkan hari siang menjadi gelap dan berlakunya fenomena langit bertukar merah. Ia terjadi akibat jerebu yang sangat tebal kerana partikel habuk yang berterbangan di udara.

https://youtu.be/8EOHT5Ww7-M

Sumber: Phys, CNA

Tags: jerebu
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Wilayah di Indonesia isytihar darurat selama 3 bulan akibat kebakaran hutan

Wilayah di Indonesia isytihar darurat selama 3 bulan akibat kebakaran hutan

2 July 2020
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

10 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN