Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pembayaran NFC pertama Malaysia akan ditamatkan pada 20 Julai

Maybank Pay adalah sistem pembayaran yang menggunakan NFC di peranti pintar pertama di Malaysia. Ia dilancarkan di Malaysia pada tahun 2016, menjadikan telefon pintar sebagai peranti yang menyimpan maklumat kad debit/kredit pengguna, kemudian boleh digunakan untuk membuat bayaran di terminal kad yang menyokong NFC.

Tetapi perkhidmatan pembayaran ini akan ditamatkan perkhidmatannya bulan ini, pada 20 Julai 2020. Perkara ini diumumkan Maybank menerusi kenyataan di laman web:

Dear Valued Cardmembers, Please be informed that our MaybankPay App will be discontinued effective 20th July 2020. However, there will be something more exciting coming your way real soon. Stay tuned!

Menurut Maybank, mereka akan memperkenalkan sesuatu yang lebih menarik tidak lama lagi. Tiada petunjuk diberikan, jadi kita masih tidak tahu lagi apakah yang mahu Maybank perkenalkan nanti.

Dari pautan FAQ yang diberikan, aplikasi MaybankPay akan tidak terdapat lagi di Google Playstore pada 20 Julai. Tetapi kami tidak lagi menemui aplikasi tersebut hari ini.

Maybank juga mencadangkan pengguna untuk menggunakan Samsung Pay sebagai pengganti pembayaran NFC. Bagaimanapun, ia hanya boleh digunakan di telefon Samsung Galaxy yang terpilih sahaja.

Selain itu, pengguna boleh membuat pembayaran digital menggunakan QR Pay yang terdapat di dalam aplikasi Maybank2u. Ia mengimbas kod QR untuk membuat pembayaran. Untuk itu, penjual perlu mendapatkan kod QR terlebih dahulu dari Maybank sebelum membolehkan pembeli membuat bayaran dengan QR Pay.

Sumber: The Star

BACA  DualSense PS5 lepasi pensijilan SIRIM