Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

RapidKL ajak rakyat melancong di KL dengan pas harian tanpa had RM5

Bagi menggalakkan rakyat Malaysia berjalan-jalan sambil merancakkan ekonomi dalam negara, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), selaku pengendali perkhidmatan tren dan Bas Rapid Transit (BRT) di Lembah Klang, mengumumkan pas perjalanan harian tanpa had baharu. Pas ini boleh dibeli untuk kegunaan tanpa had bagi 1 hari dan 3 hari.

Pas ini dipanggil sebagai Pas MyCity, boleh didapati dengan harga RM5 untuk 1 hari dan RM15 untuk 3 hari, tidak termasuk harga kad Touch N Go. Pengguna juga perlu memastikan baki kad Touch N Go mereka ada sekurang-kurangnya RM5, sebelum boleh membeli pas ini.

Untuk pengguna yang tidak memiliki kad Touch n Go, Pas MyCity boleh dibeli bersama kad dengan harga RM15 untuk 1 hari dan RM25 untuk 3 hari. Pas MyCity ini boleh didapati di semua 122 stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT. Ia ditawarkan dari 1 Julai sehingga 31 Disember 2020.

Dengan Pas MyCity, pengguna boleh menaiki LRT, MRT, Monorail dan Bus Rapid Transit (BRT) tanpa had, mengikut hari pas.

Untuk penggunaan lebih lama, rakyat Malaysia boleh mendapatkan pas My30 berharga RM30. Pas ini memberikan penggunaan tanpa had menariki tren dan bas kendalian Prasarana di Lembah Klang, selama 30 hari. Ia merupakan inisiatif diperkenal kerajaan dari Julai hingga Disember 2020, menggantikan pas My50 dan My100.

BACA  Android 10 disebar 28% lebih pantas daripada Android 9, ini antara sebabnya