Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

25 APP Android ini dikesan curi login Facebook anda

Secara berkala, anda seharusnya memeriksa aplikasi yang terpasang pada telefon anda. Ia bagi mengelakkan memastikan APP yang ada dalamnya tidak mengandungi malware. Kalau anda tak pernah buatnya, ini mungkin masa yang paling sesuai sebab 25 APP Android ini dikesan lakukan phishing untuk mencuri maklumat log masuk akaun Facebook anda.

Modus operandi yang digunakan mereka adalah dengan memaparkan halaman log masuk Facebook yang palsu tapi direka dengan baik sekali. Apabila anda masukkan maklumat log masuk, ia bukannya dihantar kepada Facebook, sebaliknya kepada hacker.

Berikut ialah senarai 25 APP yang menggunakan kaedah keji itu:

  1. Super Wallpepers Flashlight
  2. Padenatef
  3. Wallpaper Level
  4. Contour level wallpaper
  5. iPlayer & iWallpaper
  6. Video Maker
  7. Color Wallpapers
  8. Pedometer
  9. Powerful Flaslight
  10. Super Bright Flashlight
  11. Super Flagslight
  12. Solitaire Game
  13. Accurate scanning of QR code
  14. Classic card game
  15. Junk file cleaning
  16. Synthtic Z
  17. File Manager
  18. Composite Z
  19. Screenshot Capture
  20. Daily Horoscope Wallpapers
  21. Wuxia Reader
  22. Plus Weather
  23. Anime Live Wallpaper
  24. iHealth Step Counter
  25. com.tqyapp.fiction

Setakat berita ini ditulis, semua APP yang tersenarai sudahpun digugurkan daripada Play Store tapi anda perlu berwaspada dengan APP baharu yang bakal menyusul.

Selain itu, akaun Facebook anda perlu diperkukuh keselamatannya dengan mengaktifkan pengesahan dua peringkat.

BACA  Google pancing Samsung untuk tinggalkan Bixby dan Galaxy App Store