Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Gangguan bekalan air di Lembah Klang pada 14-17 Julai, semak jika kawasan anda terjejas

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) yang bertanggungjawab menguruskan pembekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur, memaklumkan akan terdapat gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang. Ia berikutan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3), akan dihenti tugas sementara untuk kerja penambahbaikan dan penggantian aset kritikal.

Kerja-kerja ini akan bermula jam 9 pagi, pada 14 Julai 2020. Sebanyak 290 kawasan terlibat di dalam gangguan bekalan air ini iaitu wilayah Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat. Semak kawasan yang terlibat dalam lampiran di bawah ini:

Tugasan ini dijangka selesai pada pagi 15 Julai dan LRA SSP3 akan beroperasi semula dan menyalurkan bekalan air kepada pelanggan bermula 9 pagi. Tetapi masa pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan yang terjejas.

Air Selangor menjangkakan 48% daripada seluruh kawasan terlibat akan mula menerima bekalan air pada 16 Julai, jam 9 pagi. Pada 17 Julai jam 9 pagi, pemulihan bekalan air dijangka mencapai 80% dan pulih sepenuhnya pada jam 5 petang hari yang sama.

Orang ramai diminta berwaspada dan menyimpan bekalan air secukupnya. Pengguna juga dinasihatkan untuk menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

Untuk meringankan beban pengguna, Air Selangor akan menggerakkan sebanyak 91 lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan keutamaan diberikan kepada lokasi kritikal seperti hospital dan pusat dialisis. Lori tangki air ini akan mula bergerak ke kawasan terjejas pada 16 Julai.

Selain lori tangki air, Air Selangor juga akan membuka 8 Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan 6 Pili Air Awam pada 16 dan 17 Julai untuk kemudahan pegguna mendapatkan bekalan air. Senarai lokasi bantuan air boleh disemak di lampiran di bawah ini:

BACA  Imri Mokhtar kembali ke TM sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Esekutif

Untuk maklumat lanjut mengenai gangguan ini, orang ramai boleh merujuk laman web Air Selangor di www.airselangor.com atau muat turun aplikasi Air Selangor di Apple Appstore dan Google Playstore.

Sumber: Air Selangor