• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nokia C2 adalah telefon pintar termurah dengan RAM kecil dan Android lama

  • OLEH Najib
  • 6:45 pm
  • 08/07/2020
  • Komen
Nokia C2 adalah telefon pintar termurah dengan RAM kecil dan Android lama
Share on FacebookShare on Twitter

Nokia baru-baru ini telah mengumumkan pelantikan MacPie Distribution, sebagai pengedar telefon pintar Nokia di Malaysia. Hari ini mereka mengumumkan penjualan telefon baru bajet rendah, Nokia C2.

Nokia C2 dijual di Malaysia pada harga RM259 sahaja. Ia adalah satu harga yang sangat murah untuk sebuah telefon pintar yang menjalankan sistem operasi Android. Tetapi sudah pasti, banyak perkara dikorbankan untuk tanda harga ini.



Telefon Nokia C2 menggunakan sistem operasi Android 9.0 Pie Go Edition, yang direka untuk peranti berkuasa sangat rendah. Ia datang bersama aplikasi Go dari Google seperti YouTube Go dan Maps Go, agar boleh digunakan dengan lancar. Agak pelik kerana Nokia tidak menggunakan Android 10 Go Edition terbaru.

Kuasa Nokia C2 digerakkan oleh cip Unisoc 4-teras 1.4GHz, bersama RAM 1GB dan storan 16GB, serta sedia menerima kad mikroSD untuk storan tambahan. Skrinnya berukuran 5.7-inci beresolusi HD+, tanpa takuk dan lubang.



Kamera padanya ada dua, satu di belakang 5MP dengan autofokus dan satu lagi di hadapan 5MP fokus tetap yang ada LED Flash bersama. Baterinya berkapasiti 2,800mAh dan ia boleh dicabut. Ia mengecas melalui mikroUSB dengan kuasa sehingga 5W.

Jika anda mencari telefon pintar termurah selain Nokia C2, anda boleh melihat pada Wiko Y61 yang berharga RM399. Ia dipasang Android 10 Go Edition di dalam dengan cip Mediatek Helio A22, RAM 2GB dan storan dalaman 32GB.
‘
Selain itu, terdapat juga telefon pintar Redmi 9A dari Xiaomi berharga RM359. Ia dikuasakan cip Mediatek Helio G25, bersama RAM 2GB dan storan 32GB. Skrin besar 6.53-inci dan bateri besar 5,000mAh juga terdapat pada Redmi 9A.

Sumber: Facebook

Tags: Nokianokia c2
Najib

Najib

POPULAR

Nokia C2 adalah telefon pintar termurah dengan RAM kecil dan Android lama

Nokia C2 adalah telefon pintar termurah dengan RAM kecil dan Android lama

8 July 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN