Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pelanggan Celcom di seluruh negara berdepan gangguan internet pagi ini

Celcom pagi ini memuat naik status di media sosial bahawa terdapat gangguan di rangkaian mereka. Pengguna di beberapa kawasan di seluruh negara, dijangka terjejas dengan gangguan ini.

Gangguan ini akan memberi kesan kepada penggunaan internet. Tidak dinyatakan ada gangguan untuk panggilan atau SMS.

Tambah Celcom lagi, perkara ini dijangka akan selesai dibaik pulih sepenuhnya pada pukul 11 pagi hari ini. Pasukan teknikal Celcom sedang berusaha sedaya upaya untuk memulihkannya.

Seperti biasa, gangguan rangkaian Celcom dijangka turut memberi kesan kepada penyedia rangkaian maya (MVNO) seperti TuneTalk, Yoodo dan XOX. Anda boleh merujuk ke twitter @Celcom atau Facebook Celcom untuk maklumat terkini.

BACA  8 fakta menarik siri Samsung Galaxy Note 20