Snapdragon 865+ diumumkan, ia lepasi takat clockspeed 3Ghz

Qualcomm meneruskan rutin kemas kini 2019 mereka. Dulu Snapdragon 855 krpsfs 855+ kali ini Snapdragon 865 kepada 865+. Daripada helaian spesifikasi, tiada apa yang boleh mengejutkan kecuali pada kemas kini tersebut, Qualcomm jadi yang pertama melepasi paras 3Ghz dalam kategori clockspeed SoC.

Dua telefon yang dicanang akan jadi antara yang pertama menggayakan SoC ini ialah ROG Phone 3 dan Lenovo Legion.

Di bahagian CPU, teras berkuasa tinggi Snapdragon 865+ miliki kelajuan 3.1Ghz. Dua lagi kluster iaitu kluster tengah dan bawah masing-masing masih kekalkan kelajuan yang sama iaitu 2.42Ghz dan 1.80Ghz. Bahagian GPU juga telah di-overclock berbanding sebelumnya. Walaupun tidak dinyatakan secara khusus kelajuannya, Qualcomm memberitahu yang ia 10% lebih prestasi.

Lain-lain ciri yang perlu anda tahu ialah seperti:

  • Pengguna NPU Hexagon 698
  • Sokongan RAM sehingga 2.75Ghz LPDDR5
  • Mampu memproses data daripada sensor pengimejan 200MP
  • Rakaman video beresolusi setinggi 8K pada kadar 30 fps
  • Tiada modem 5G terbina tapi  boleh dipadankan dengan Qualcomm X55
  • Menggunakan litografi TSMC 7nm