Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Canon EOS R5 & R6: Maklumat Penjualannya di Malaysia

Canon telah mengumumkan dua ahli terbaru dalam keluarga EOR R. EOS R5 dan R6 dilihat memenuhi banyak kriteria yang didambakan pengguna kebanyakkan.

Tinjauan saya di forum-forum berkaitan kamera mendapati yang ada antara berpendapat dengan dua model inilah mereka kembali dalam perlumbaan kamera bersama Sony dan Fujifilm kerana sejak 5D Mark IV, setiap satu iterasi kamera Canon ialah derivatif kepada model 2016 tersebut.

Selain kembali bersaing dalam arena kamera jenis mirrorless full-frame, Canon turut diperkatakan membenamkan terus peluang Panasonic untuk bersaing lebih-lebih lagi yang berjenis Micro Four Thirds.

Sewaktu ahli pertama EOS R diperkenal, ia dihujani kritikan yang teruk. Paling ketara ialah semasa merakam video 4K, ia ada crop factor 1.7x sedangkan di Nikon Z6 dan Z5, perkara tersebut ia tidak berlaku. Masalahnya, ia bukanlah masalah mesin itu tak mampu tapi Canon dilihat sengaja mencacatkan kamera itu untuk menjaga siri C mereka.

Satu lagi contoh ialah ketiadaan kemampuan merakam pada kadar 24fps sewaktu dilancarkan sebaliknya bermula dengan 30fps.

Canon EOS R5

Ini ialah model paling berkuasa dalam kalangan yang dilancarkan. Anda boleh dapatkannya bermula Ogos 2020 pada harga RM17,999.

Kamera ini diberikan sensor baru dengan resolusi 45MP yang bergandingan dengan pemproses imej Digic X daripada 1DX Mark III.

Paling menarik ialah ia dilengkapi penstabil imej dalam badan (IBIS) lantas meletakannya sebaris dengan Sony siri A7 dan Nikon siri Z. Ujar Canon, jika bergandingan dengan lensa yang sesuai, kestabilan sehingga 8 stops boleh dicapai.

Tapi persaingan paling hebat tentunya pada Dual Pixel Autofocus yang jadi trademark Canon sekian lama. Di seberang sana, Panasonic S1R masih gunakan autofokus berasaskan Contrast Detection yang agak kuno.

BACA  Orang ramai kini boleh rasai sendiri rangkaian 5G di BTS bersama U Mobile

Masih tak cukup, ia mampu merakam video 8K 30fps, 4K sehingga 120 fps dan FHD sehingga 60fps. Anda nampak taktik keji klasik Canon? Sengaja mencacatkan kamera mereka. Patutnya di Full HD ia mampu merakam 240fps sebaliknya Cuma 60fps sahaja.

Pada sudut fizikaliti, tak banyak perubahan dicerap berbanding EOS R yang lain kecuali kehadiran semula butang kawalan yang boleh anda temui pada EOS 5D Mark IV. Kelebihan kamera Canon berbanding yang lain ialah ia ada panel paparan boleh kilas kedepan sekiranya anda merakam secara solo.

Di bahagian storan, anda boleh temui 1 slot CF Express dan 1 slot UHS II untuk penyimpanan.

Canon EOS R6

Model ini berada sedikit bawah daripada R5 tadi dan ia tergolong dalam pesaing seperti Nikon Z6, Panasonic S1, Sony a7 III dan yang seangkatan dengannya.

Canon EOS R6 dijual pada harga RM11,999 bermula September 2020.

Walaupun miliki sensor full frame, bilangan piksel sensor EOS R6 Cuma 20MP. Hal ini bermakna saiz piksel individu kamera ini lebih besar berbanding R5. Secara teorinya, keupayaan gambar malap model ini mungkin lebih baik.

Sistem pemfokuskan R6 juga berbeza. Masih menggunakan teknologi Dual Pixel Autofocus, Canon kata ini lebih baru kerana sistem Phase Detection tetap berfungsi walaupun semasa rakaman video.

IBIS model ini sama seperti R5. Jadi, jangkakan kesetabilan imej sehingga 8 stops dengan lensa yang sesuai. Daripada sudut videografi, EOS R6 mampu merakam vedia pada resolusi maksimum 4K pada 60 Fps, dan FHD pada 120fps.

Ada dua slot kad storan hadir pada badannya. Kedua-duanya menyokong kad SD sehingga UHS-II untuk tujuan penyimpanan data.

Sumber: Dpreview, 2