• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Banyak app iPhone tidak boleh dilancarkan angkara Facebook

  • OLEH Najib
  • 3:02 pm
  • 11/07/2020
  • Komen
Banyak app iPhone tidak boleh dilancarkan angkara Facebook
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah anda tidak dapat melancarkan beberapa aplikasi di iPhone anda? Jangan risau, anda tidak berkeseorangan. Ini kerana masalah ini melanda banyak pengguna iPhone di seluruh dunia. Ia berlaku gara-gara Facebook.

Aplikasi ini berdepan masalah kerana Kit Pembangunan Perisian (SDK) Facebook, yang menggunakan Facebook Login sebagai cara daftar masuk. Ini bukanlah perkara asing kerana anda pasti ada menggunakan Facebook Login untuk mendaftar masuk pelbagai aplikasi, termasuk permainan video.



Ramai pembangun menggunakan SDK Facebook ke dalam aplikasi mereka kerana pelbagai kemudahan yang ditawarkan Facebook. Walaubagaimanapun, masalah ini tidak terkesan kepada pengguna Android.

Is anyone else having issues opening…any apps on iPhone? pic.twitter.com/JjEkkojVWa

— Rosie Percy (@rosiepercy) July 10, 2020

Facebook mengakui masalah ini menerusi kenyataan rasmi di portal Facebook Developer. Di Github, ramai pembangun menyatakan masalah yang mereka hadapi di aplikasi yang mereka reka. Bagaimanapun, masalah ini telah diselesaikan, menurut Facebook beberapa jam kemudian.



Seorang jurucakap Facebook memaklumkan The Verge, “Perubahan kod sumber telah mengakibatkan masalah kepada beberapa aplikasi iOS yang menggunakan SDK Facebook. Masalah ini telah dikenalpasti dan telah dibaiki. Kami meminta maaf di atas sebarang kesulitan.”

There's another facebook SDK issue that lead's to our iOS app to crash on launch again along with major apps like Spotify & Pinterest 🔥 @fb_engineering

— Peter Juras (@peterjuras) July 10, 2020

Facebook menggalakkan pembangun menggunakan Facebook Login di dalam aplikasi mereka dan berjanji memberikan mereka makluamt berguna tentang penggunaan aplikasi dan pengiklanan sebagai balasan. Perkara ini memudahkan pembangunan serta paskan pemasaran untuk menjejak sejauh mana prestasi aplikasi dan pengiklanan mereka, menerusi data yang diperoleh Facebook.

Dari isu ini kita boleh rumuskan, masalah yang ditimbulkan Facebook tidak lagi terhad kepada aplikasi milik mereka seperti Instagram dan WhatsApp, tetapi ia boleh merebak kepada aplikasi lain yang menggunakan perkhidmatan lain Facebook, seperti Facebook Login.

Sumber: The Verge

Tags: appleFacebook
Najib

Najib

POPULAR

Banyak app iPhone tidak boleh dilancarkan angkara Facebook

Banyak app iPhone tidak boleh dilancarkan angkara Facebook

11 July 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER