• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ROG Phone 3 dengan cip Snapdragon lebih hebat akan dilancar 22 Julai

  • OLEH Najib
  • 5:49 pm
  • 13/07/2020
  • Komen
ROG Phone 3 dengan cip Snapdragon lebih hebat akan dilancar 22 Julai
Share on FacebookShare on Twitter

Asus akhirnya mengesahkan secara rasmi, ketibaan telefon pintar gaming terbaru mereka, ROG Phone 3. Ia akan dilancarkan di pentas antarabangsa pada 22 Julai 2020, pukul 11 malam waktu Malaysia.

Satu perkara yang telah pasti ada pada telefon ini ialah, ia dilengkapi cip paling berkuasa terbaru dari Qualcomm, iaitu Snapdragon 865+. Malah, Asus menyatakan ini adalah telefon pertama yang menggunakan cip terbaru ini. Versi “+” memiliki teras ARM yang sama, tetapi kelajuannya lebih tinggi sekaligus memberikan prestasi lebih baik dari cip Snapdragon 865 yang biasa.



Walaupun Asus belum berkongsi gambar atau maklumat lain, beberapa perkara tentang ROG Phone 3 telah diketahui sebelum ini. Di China, telefon ini telah lulus pensijilan TENAA, sekaligus menampakkan sedikit sebanyak rupa luaran serta spesifikasi dalamannya.

Seimbas pandang, rupanya sangat serupa dengan ROG Phone 2. Di hadapan skrinnya tiada takuk, menggunakan bingkai yang tebal di atas dan bawah, dijangka memuatkan kamera dan speaker stereo.



Di belakang pula, ia kini menggunakan tiga kamera yang digandingkan bersama tiga LED Flash. Jika ia ditambah kamera telefoto, pasti ia melengkapi keperluan kamera di telefon ini.

Bahagian sisi telefon ini juga dilihat masih sama. Di kiri, terdapat butang kuasa dan butang kawalan bunyi. Manakala di sebelah kanan, terdapat port USB-C kedua yang boleh digunakan untuk mengecas, selain menyambung pelbagai aksesori untuk meningkatkan pengalaman bermain game.

Dari penyenaraian di TENAA, ia menyatakan ROG Phone 3 dilengkapi 5G SA & NSA. Skrinnya dari jenis AMOLED, berukuran 6.59-inci dengan resolusi HD Penuh (2340×1080). Bateri di dalamnya sebesar 5,800mAh.

Kapasiti RAM untuk ROG Phone 3 ialah 8GB, 12GB dan paling besar 16GB. Storannya pula dari 128GB, 256GB dan 512GB. Kamera utamanya pula disenaraikan 64MP, dengan kamera kedua 13MP.

Dalam satu laporan lain, rupa sebenar ROG Phone 3 dapat dilihat dengan lebih jelas kerana ada orang telah merakam video menggunakannya. Video tersebut menunjukkan bahagian depan dan belakang telefon ASUS ROG Phone 3, serta antaramuka utamanya. Tetapi ia tidak memperlihatkan bahagian atas dan bawah telefon.

https://youtu.be/a9DBMUhp0eM

Di belakang pula, terdapat 3 kamera bersama 2 LED Flash di sebelah atas. Logo ROG berlampu RGB turut menyala menunjukkan lampu yang boleh berubah warna. Telefon yang ditunjukkan ini turut memiliki teks Tencent Gaming di bawahnya

Adakah anda berminat untuk mendapatkan telefon gaming terbaik dari Asus ini kelak? Memandangkan generasi pertama dan kedua telefon ini dijual di Malaysia dengan jayanya, tidak mustahil Malaysia akan terus menjadi lokasi jualan untuk generasi ketiga.

Sumber: GSMarena, Asus

Tags: asusASUS ROG Phone 3
Najib

Najib

POPULAR

ROG Phone 3 dengan cip Snapdragon lebih hebat akan dilancar 22 Julai

ROG Phone 3 dengan cip Snapdragon lebih hebat akan dilancar 22 Julai

13 July 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN