Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Jangan pasang penutup webcam kerana ia boleh rosakkan skrin MacBook, pesan Apple

Jika anda memiliki MacBook, anda dinasihatkan agar tidak memasang sebarang penutup webcam. Ini kerana ia boleh merosakkan skrin MacBook anda.

Perkara ini boleh berlaku kerana MacBook direka dengan ruang tertutup yang sangat kecil. Apabila MacBook ditutup, ruang antara skrin mencecah badan adalah sangat nipis. Dengan menampal penutup webcam yang tebal, ia boleh menjurus kepada keretakan skrin akibat tekanan yang tidak sekata. Kebanyakan penutup webcam agak tebal kerana ia memiliki gelungsur agar ia boleh dibuka dan ditutup secara fizikal.

Menurut Apple, pengguna MacBook tidak perlu menutup webcam dan tidak risau akan keselamatan mereka. Ini kerana ia telah dicipta agar lampu hijau di tepi webcam, perlu hidup sebelum webcam boleh digunakan. Ia adalah ciri keselamatan yang dicipta Apple untuk memastikan tiada aplikasi mengakses webcam tanpa diketahui.

Di dalam kemaskini macOS Mojave terbaru, semua aplikasi mesti mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan webcam. Untuk mengetahui aplikasi apa yang dibenarkan akses ke webcam, anda boleh menggunakan langkah di bawah:

  1. Tekan pada menu Apple (di atas kiri) kemudian pilih System Preference > Security and Privacy > Privacy.
  2. Pilih Camera
  3. Senarai aplikasi yang mengakses webcam boleh dilihat. Di sini, anda boleh memilih untuk membatalkan atau mengaktifkan kebenaran untuk aplikasi mengakses webcam.

Tetapi jika anda tetap mahu menggunakan penutup webcam fizikal atas arahan syarikat atau sebab lain yang tidak dapat dielakkan, ia masih boleh digunakan. Apple menyatakan, penutup webcam itu boleh digunakan jika ketebalannya kurang dari 0.1mm.

Atau, jika tiada penutup webcam yang senipis itu dan masih perlu menggunakannya, ia perlu dicabut sebelum MacBook ditutup.

Skrin retak akibat penutup webcam ini pernah dikongsikan oleh seorang pengguna Reddit. Beliau menggunakan penutup webcam dan skrin MacBook Pro 16-inci beliau retak hanya dengan tekanan yang ringan apabila laptop ditutup.

BACA  Apple gagal dalam usaha memerah 30% komisen daripada Wordpress

Kepada pemilik MacBook, sila ambil perhatian serius terhadap perkara ini. Jangan pasang penutup webcam pada MacBook anda yang mahal tu ya.

Sumber: The Verge, Apple