Jika anda pernah menonton Mythbuster, pasti anda mengenali Grant Imahara, seorang yang pakar di bidang teknikal dalam siri tersebut. Beliau telah diumumkan meninggal dunia baru-baru ini, di usia 49 tahun.
Menurut laporan The Hollywood Reporter, Grant meninggal dunia akibat penyakit aneurisma otak. Penyakit ini mengakibatkan pembuluh darah di otak menggelembung, akibat lemahnya dinding pembuluh darah.
Sebelum menyertai rancangan Mythbusters pada tahun 2005 di musim ketiga, Grant adalah seorang jurutera di Lucasfilm THX dan ILM. Beliau dan 2 lagi hos Mythbusters, Kari Byron dan Tory Belleci meninggalkan Mythbusters pada tahun 2014, sebelum bergabung kembali di dalam rancangan White Rabbit Project yang dihasilkan Netflix, pada tahun tahun 2016.
Grant memiliki minat yang mendalam tentang robotik dan sering menyertai pertandingan BattleBots sejak awal tahun 2000 bersama robot ciptaannya, Deadblow. Malah, beliau pernah dijemput menjadi juri dalam pertandingan tersebut.
Rakan-rakan beliau di Mythbusters bersedih di atas pemergian beliau. Adam Savage, salah seorang hos Mythbusters menyifatkan Grant sebagai seorang jurutera yang cerdik dan memiliki kebolehan yang pelbagai sebagai penggiat seni, serta seorang yang lemah lembut.
Sumber: The Verge