Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Hanya dua model Vivo X50 akan dibawa ke Malaysia

Tarikh pelancaran siri Vivo X50 di Malaysia kini telah diumumkan, akan diadakan pada 21 Julai 2020. Acara ini akan dibuat secara dalam talian, pada pukul 6.30 petang.

Walaupun terdapat tiga model Vivo X50 yang dilancarkan di China sebelum ini, Vivo Malaysia memaklumkan hanya dua model sahaja yang akan dibawa ke Malaysia. Model terhebat iaitu Vivo X50 Pro+ tidak akan datang ke Malaysia, sebaliknya hanya Vivo X50 dan X50 Pro sahaja akan menemui peminat.

Seperti namanya, Vivo X50 adalah model dengan prestasi lebih rendah dari Vivo X50 Pro. Bagaimanapun, kedua-dua telefon ini menggunakan cip kelas pertengahan yang sama, Snapdragon 765G yang menyokong rangkaian 5G.

Vivo X50

Vivo X50 memiliki skrin AMOLED HD Penuh 90Hz, berukuran 6.56-inci. Ia dikuasakan cip Snapdragon 765G bersama RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB, serta menyokong 5G. Baterinya 4,200mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W melalui USB-C.

Terdapat tiga kamera di belakangnya, gandingan kamera utama 48MP, kamera potret 13MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 5MP. Kamera hadapannya 32MP di dalam lubang di sudut atas skrin.

Vivo X50 Pro

Vivo X50 Pro memiliki skrin yang sama, AMOLED HD Penuh 90Hz berukuran 6.56-inci. Ia juga menggunakan cip Snapdragon 765G sebagai kuasa penggerak, serta RAM sehingga 8GB, storan sehingga 256GB dan sokongan 5G. Bateri pula 4,315mAh dengan pengecasan pantas 33W USB-C.

Tarikan utama telefon ini ialah fungsi gimbal di kamera belakangnya. Ia memberikan kestabilan yang jauh lebih baik berbanding penstabil imej optikal (OIS). Kamera belakang ini ada empat, iaitu kamera utama 48MP F1.6, kamera potret 13MP F2.46, kamera telefoto 8MP F3.4 dan kamera makro 8MP F2.2. Kamera hadapnnya 32MP F2.45, terletak di dalam lubang di bahagian atas skrin.

BACA  Kabel Lightning baru di iPhone 12 tidak mudah patah dan lebih tahan lasak

Jika anda berminat untuk menonton majlis pelancaran ini secara langsung, boleh mendaftar minat di Facebook Vivo Malaysia sekarang, supaya diingatkan waktu pelancarannya nanti.

Sumber: Vivo