• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gambar prototaip Razer Phone 3 muncul

  • OLEH Najib
  • 3:30 pm
  • 15/07/2020
  • Komen
Gambar prototaip Razer Phone 3 muncul
Share on FacebookShare on Twitter

Kali terakhir Razer melancarkan telefon pintar mereka, adalah pada tahun 2018 iaitu Razer Phone 2. Sejak itu mereka tidak bercerita lagi tentang telefon pintar generasi ketiga. Tetapi baru-baru ini, gambar prototaip telefon baru Razer tersebar di alam maya.

Gambar itu dilaporkan berasal dari Taobao, sebuah platform e-dagang di China. Tetapi ia telah pun dipadamkan. Tiada sebarang spesifikasi disebut, hanya dua keping gambar yang ditemui.



Rupa Razer Phone 3 ini tidak banyak berbeza dengan Razer Phone 2, terutama rekaan bongkah empat seginya yang tajam di semua sisi. Bingkai atas dan bawahnya dilihat lebih nipis, masih meletakkan speaker stereo di atas dan bawah skrin.

Di belakang pula, ia ada 3 kamera berbanding hanya 2 sebelum ini. Logo hijau Razer juga kelihatan menonjol di belakang. Tiada pengimbas capjari kelihatan di belakang, tetapi Razer Phone 2 dahulu juga tiada pengimbas capjari padanya dan menggunakan skrin LCD.



Telefon ini mungkin salah satu prototaip yang dibangunkan oleh Razer untuk telefon pintar terbaru mereka. Malah, ia mungkin juga produk yang telah dibatalkan, jadi jangan menaruh harapan bahawa ia adalah rupa akhir telefon baru Razer.

Razer Phone 2 dahulu hadir sebagai pelopor skrin 120Hz di telefon. Ia juga memastikan speaker stereo sebagai standard untuk telefon gaming. Tetapi dunia telefon gaming kini semakin sengit dengan kedatangan beberapa nama lain seperti ROG Phone, Black Shark, iQoo dan Nubia. Apakah ada teknologi baru untuk Razer tambah di telefon pintar gaming mereka akan datang?

Sumber: Android Authority, XDA

Tags: razerRazer Phone 3
Najib

Najib

POPULAR

Gambar prototaip Razer Phone 3 muncul

Gambar prototaip Razer Phone 3 muncul

15 July 2020
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN