Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Media China diserang warganet akibat mengatakan Batik berasal dari China

Perbalahan di internet antara warga Malaysia dan Indonesia berkenaan asal-usul sesuatu perkara, sudah acap kali kita lihat. Tetapi apabila China turut masuk campur dalam masalah ini, agak janggal rasanya.

Satu media dari China, Xinhua News telah memuat naik sebuah video mengenai pembuatan Batik. Tetapi menurut Xinhua, batik adalah kesenian tradisional yang menjadi kebiasaan sekumpulan kecil etnik di China. Ia menggunakan peralatan seperti spatula yang berisi lilin, dipanaskan dan dicorak di atas kain.

Video tersebut menerima kecaman warganet terutama dari Indonesia, yang menyatakan batik berasal dari Indonesia. Apatah lagi, perkataaan batik adalah dari Indonesia. Ada yang meminta China menunjukkan karakter untuk Batik sebagai bukti ia berasal dari China.

Walaupun begitu, ada yang menjelaskan bahawa teknik menggunakan lilin untuk membuat corak di atas kain adalah sesuatu yang digunakan di banyak tempat sejak dulu kala. Kesilapan media ini adalah menggunakan perkataan batik, yang berasal dari Indonesia.

Kemarahan warga Indonesia dilihat ada asasnya. Ini kerana Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), telah mengiktiraf Batik sebagai warisan kebudayaan Indonesia pada tahun 2009.

BACA  Oppo Watch akan dilancarkan di Malaysia bersama telefon Find X2 Pro berwarna baru

Terdapat juga warga Malaysia yang mencadangkan penggunaan nama Batik dan negara untuk menunjukkan corak yang biasa digunakan untuk seni lilin ini. Seperti di Malaysia, batik sering dicorakkan dalam bentuk bunga dan daun.

Sebelum ini, Malaysia dan Indonesia sering berbeza pendapat tentang asal usul beberapa perkara, antaranya ialah nasi goreng dan rendang. Malah, Singapura juga kadang-kadang cuba melibatkan diri dalam masalah sebegini. Apa pendapat anda?

Sumber: Malay Mail