Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

OnePlus Nord lahir daripada tiga falsafah ini

Melalui satu temu bual ekslusif dengan MKBHD, pengasas Bersama OnePlus, Carl Pei memperincikan beberapa perkara tentang siri terbaru OnePlus Nord sebelum hari pengumumannya iaitu pada 21 Julai 2020. Dia menyatakan yang siri Nord ini akan mengandungi beberapa produk lain pada harga sangat mampu milik.

Dimulakan dengan OnePlus Nord yang berharga kurang USD500, dia juga memberi gambaran kepada pengguna yang produk yang akan datang nanti akan lebih murah daripada produk pertama mereka untuk memenuhi permintaan pengguna.

Ada tiga strategi yang digariskan Carl Pei semasa membangunkan siri OnePlus Nord. Mereka adalah:

  1. Telefon dengan keupayaan kamera yang baik
  2. Telefon yang berfungsi lancar untuk kegunaan harian.
  3. Kawalan kualiti daripada jenama yang dipercayai

Dalam bicara itu juga Carl Pei menayangkan telefon yang bakal menemui pengguna. Ia mengesahkan beberapa maklumat terbocor sejak beberapa hari lalu terutamanya pada segi rekaannya. Kita tahu yang ia akan diperkasa Snapdragon 765G tapi ada satu maklumat baharu yang dikongsikan sendiri pengeluarnya iaitu akan ada paparan AMOLED pada refresh rate 90Hz.

Beberapa prototaip awal OnePlus Nord

Maklumat tentang resolusi tidak pula dikongsikan, tapi anda boleh jangkakan FHD kerana masih belum ada sebarang telefon OnePlus mendukung paparan kurang daripada FHD. Lagi maklumat yang disahkan ialah versi ‘Lite’ kepada OnePlus Nord.

Daripada sudut fizikaliti, anda tak boleh jangkakan sebarang keunikan padanya. Ia cumalah rekaan generik telefon pintar tahun 2020 yang boleh ditemui dalam semua telefon Realme, siri Galaxy A, barisan honor, dan lain-lain.

BACA  Kotak Misteri RM99 ini mungkin hadiahkan anda telefon baru OnePlus Nord