• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Mi TV Stick mula dikesan dalam pasaran Malaysia pada harga bermula RM139

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:38 am
  • 17/07/2020
  • Komen
Xiaomi akan perkenal Android Box lebih kecil dari Mi Box
Share on FacebookShare on Twitter

Pada saya, Mi TV Stick ialah penyelesaian terbaik untuk mengubah TV anda jadi pintar. Memang ada produk pihak ketiga yang lebih murah. Namun, sokongan rasmi Android TV ialah sesuatu yang sangat penting jika anda nak tonton Netflix. Baru saja dilancarkan di Eropah, Android TV terkecil ini sudahpun boleh anda dapatkan di Malaysia.

Ada beberapa penjual atas platform Shopee dikesan sudahpun menawarkannya. Paling murah yang kami temui ialah RM139 daripada Iwonline. Sungguhpun begitu, anda perlu ketahui yang ia adalah jenis pratempah dan mengambil masa sehingga 7 hari untuk dikirimkan kepada anda.



Iwonline
Dasher

Penjual yang agak terkenal membawa masuk produk Xiaomi dari luar, Dasher juga menyenaraikan produk yang sama pada RM179. Tapi dalam ruang penerangan, dia katakana yang unit ini miliki RAM 2GB sedangkan Mi TV Stick Cuma ada 1GB.

Spesifikasi Mi TV Stick

Ini ialah Mi Box S yang dikecilkan saiznya menjadi sebesar pemacu kilat. Malah, unit TV ini lebih kecil berbanding alat kawalannya. Produk ini hanya mengeluarkan isyarat FHD sahaja berbanding Mi Box S yang boleh pergi sehingga 4K.



Untuk spesifikasi teknikal, ia ada SoC kuadteras dengan RAM 1GB dan storan 8GB tapi tidak boleh diperluas kerana tiada port USB yang mengendalikan data.

Satu-satunya port USB yang ada ialah mikro-USB untuk menerima kuasa sahaja.

Anda turut menerima alat kawalan yang serupa seperti Mi Box S. Jadi butangnya sama dan ada juga mikrofon untuk arahan suara Google Assistant.

Miliki saiz sebegitu, Mi TV Stick miliki tahap portability yang tinggi. Ia muat dalam beg kecil bersama-sama kabel elektronik anda. Tambahan pula, ia boleh ambil tenaga daripada port USB yang biasanya ada di belakang TV. Jadi, anda jimat satu soket elektrik di rumah.

Tags: android tvMi TV StickxiaomiXiaomi Mi TV Stick
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

25 Mei 2023
Apple pecah rekod, 8 dari 10 telefon terbanyak dijual tahun lepas adalah iPhone!

[PROMO] iPhone 13, iPhone 12 & iPhone 11 dijual pada harga serendah RM1,999

25 Mei 2023
Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

27 Mei 2023
Pelan Netflix lebih murah dijangka tiba akhir tahun ini, dengan syarat tambahan

10 alternatif penstriman selain Netflix di Malaysia

31 Mei 2023
Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

10 Januari 2023
Kongsi akaun Netflix akan mula dikenakan bayaran tahun hadapan

Netflix Household: Ini caranya untuk berkongsi akaun

26 Mei 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER