Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Iklan bertukar ke iPhone membanjiri media sosial

Walaupun Apple memiliki akaun twitter rasmi, ia tidak pernah digunakan sebagai platform berbual. Ini boleh dilihat apabila tiada kicauan langsung terdapat padanya, walaupun memiliki pengikut sebanyak 4.6 juta.

Bagaimanapun, akaun twitter ini digunakan hanya untuk pengiklanan. Pasti anda banyak terlihat baru-baru ini, kicauan dari twitter @Apple yang mengajak anda bertukar ke iPhone. Ia merupakan kempen pengiklanan terbaru Apple di Malaysia.

Dalam iklan tersebut, Apple berkongsikan pengalaman manis beberapa pengguna di Malaysia, setelah mereka bertukar ke iPhone 11. Terdapat 4 orang di dalam iklan ini dan mereka bercerita tentang kisah mereka dan iPhone 11 menggunakan animoji.

Bermula dengan Asyraf dari Puchong, beliau bertukar ke iPhone kerana prestasi tinggi untuk bermain game di telefon. Rachel dari Kota Kemuning pula, bertukar ke iPhone kerana memikirkan harga terpakai iPhone yang tinggi, jadi lebih mudah untuk menjualnya kemudian.

Nona dari Gombak pula mengatakan, beliau bertukar ke iPhone kerana merasa lebih selamat dengan ciri keselamatan iPhone Face ID. Akhir sekali Elycia dari Setapak, berubah ke iPhone kerana telefon lamanya mudah tergendala walaupun menggunakan aplikasi biasa.

Apple juga telah membina laman mikro “Bertukar ke iPhone“. Di situ, Apple menyenaraikan beberapa sebab untuk bertukar ke iPhone. Antaranya, iPhone adalah kamera paling popular di dunia, rekaan cip terpantas dan paling canggih di telefon pintar, bateri tahan lama, ada aplikasi untuk semua perkara, keselamatan dilindungi, mudah digunakan serta nilai yang tahan lebih lama.

Laman tersebut juga memberitahu ada cara mudah untuk mengalihkan semua data dari telefon Android kepada iPhone. Dari buku telefon, mesej, gambar, video, akaun emel, kalendar dan banyak lagi, boleh dipindahkan dengan beberapa langkah sahaja.

BACA  Poco X3 akan dilancar dengan lebih meluas, tidak terhad di India

Akhir sekali, Apple menyenaraikan model dan harga iPhone yang terdapat di pasaran. Seperti iPhone 11 Pro (dari RM4,899), iPhone 11 (dari RM3,399), iPhone SE (dari RM1,999) dan iPhone XR (dari RM2,899). Telefon ini boleh dipesan terus dalam laman web Apple Malaysia, atau menerusi syarikat telekomunikasi di Malaysia seperti Celcom, Digi, Maxis atau U Mobile.

Apple dilihat semakin semakin agresif dalam pemasaran mereka untuk menjual lebih banyak iPhone, lebih-lebih lagi selepas wabak COVID-19 berkurangan. Selain jualan yang merudum teruk, Apple juga dikatakan terpaksa membayar pampasan kepada Samsung hampir USD1 bilion, akibat tidak membuat tempahan paparan seperti yang dijanjikan. Di luar pengetahuan ramai, mungkin bukan Samsung sahaja yang menerima pampasan ini.

Jika anda menggunakan Android dan mahu bertukar ke iPhone, mungkin penerangan di laman web ini boleh memberi anda lebih maklumat berkenaannya. Paling penting, kena ada bajet yang tinggi kalau nak bertukar ke iPhone ni.