Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Oppo Reno4 di Malaysia ada lebih kamera dari model yang dilancar di China

Oppo telah melancarkan siri Reno 3 di Malaysia pada bulan Mei lepas. Dua bulan kemudian, hari ini Oppo menyatakan model lebih baru, siri Reno 4 pula akan datang ke Malaysia. Tapi ada 1 perkara yang kekal sama di Reno 4 ini, ia adalah model yang berbeza dengan yang dilancarkan di China.

Set Malaysia Untuk Reno 3 dikuasakan cip Mediatek Helio P90 manakala Reno 3 Pro menggunakan cip Mediatek Helio P95. Tetapi di China, ia menggunakan cip Mediatek Dimensity 1000L dengan 5G di Reno 3, serta cip Snapdragon 765G juga dengan 5G untuk Reno 3 Pro.

Dalam pengumuman Reno 4 oleh Oppo Malaysia ini, walaupun tidak menyebut tentang spesifikasi, sudah ada 1 perkara yang pasti tentang perbezaanya dengan model China. Kamera belakang. Reno 4 yang dilancarkan di China hanya ada 3 kamera belakang, tetapi gambar yang dikongsi oleh Oppo Malaysia pula menunjukkan Reno 4 ada 4 kamera belakang.

Oppo Reno4 Pro Pantone Green di China

Siri Reno 4 yang dilancarkan di China masih menggunakan cip Snapdragon 765G dengan sokongan 5G, seperti Reno 3 Pro yang lepas. Kapasiti baterinya berbeza, tetapi kedua-duanya menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W.

Reno 4 Pro memiliki skrin HD Penuh AMOLED, berukuran 6.5-inci serta refresh rate 90Hz. Tiga kamera belakangnya ialah kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 12MP dan kamera telefoto 13MP. Kamera hadapannya ada 1 di dalam lubang, dengan sensor 32MP.

Manakala skrin Reno 4 kecil sedikit, berukuran 6.4-inci dari jenis Super AMOLED dan resolusi HD Penuh. Kamera belakangnya berbeza, gandingan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera hitm putih 2MP.

Adakah Oppo Reno 4 di Malaysia akan berbeza sekali lagi seperti siri Reno 3? Kita nantikan pengumuman seterusnya dari Oppo Malaysia.

BACA  PROMO: Diskaun RM400 untuk Poco F2 Pro hanya pada 8 Ogos

Sumber: Facebook