• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5,000 CCTV akan dipasang untuk menjadikan Kuala Lumpur bandar lebih selamat

  • OLEH Najib
  • 4:30 pm
  • 21/07/2020
  • Komen
5,000 CCTV akan dipasang untuk menjadikan Kuala Lumpur bandar lebih selamat
Share on FacebookShare on Twitter

Tahap keselamatan di Kuala Lumpur akan dipertingkatkan lagi dengan pemasangan lebih banyak kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) dalam masa terdekat. Perkara ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur bandar raya selamat.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, pemasangan kamera keselamatan itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pemaju perumahan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ia akan dipasang di kawasan awam, tempat tumpuan ramai, serta di luar bangunan bagi membolehkan pengunjung dan pelancong berasa selamat.



Sumber: BERNAMA

“Pada masa ini hanya ada sekitar 300 kamera keselamatan dipasang di tempat awam. Pemasangan kamera keselamatan itu antara program menjadikan Kuala Lumpur Bandar Raya Selamat yang sedang dilaksanakan DBKL,” ujar beliau pada pada Majlis Pelancaran Kempen Jualan Mega dan Program Beli Barang Malaysia 2020.

Beliau menambah, kos pemasangan kamera keselamatan ini akan ditanggung bersama pemaju dan DBKL. DBKL juga akan mengadakan pertemuan dengan PDRM bagi merangka pelan strategi keselamatan untuk program bandar raya selamat.



Sumber: Berita Harian

Tags: Annuar MusaDBKLpdrm
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
5,000 CCTV akan dipasang untuk menjadikan Kuala Lumpur bandar lebih selamat

5,000 CCTV akan dipasang untuk menjadikan Kuala Lumpur bandar lebih selamat

21 July 2020
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026
Servis Ihsan Madani bermula: Proton & Perodua beri diskaun RM70 servis kereta

Servis Ihsan Madani bermula: Proton & Perodua beri diskaun RM70 servis kereta

17 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN