Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

OnePlus Malaysia cari pengguna pertama OnePlus Nord

Malam 21 Julai 2020 bakal berlangsungnya pelancaran dalam talian produk OnePlus terbaharu iaitu OnePlus Nord. Selepas beberapa ketika berselindung disebalik khabar angin dan spekulasi, peminat bakal mengetahui adakah ia benar-benar mampu milik seperti yang diperkatakan pengeluarnya.

Buat anda yang berada di Malaysia, pihak OnePlus Malaysia menjadualkan satu perhimpunan peminat pada 25 Julai 2020. Ya, ia adalah satu perhimpunan fizikal dan hanya 10 orang sahaja akan dijemput daripada penyertaan dalam talian yang telahpun dibuka.

Di akhir perjumpaan, salah seorang daripada mereka akan diberikan seunit OnePlus Nord untuk dipandu uji selama dua minggu. Penyertaan akan ditutup pada 22 Julai 2020, 12 tengah malam dan cara sertainya adalah seperti berikut:

  • Sertai Facebook Group OnePlus Friends MY Official.
  • Ambil gambar anda bersama satu produk OnePlus dan utuskannya di Instagram beserta kapsyen.
  • Gunakan dua tanda pagar #MYOnePlusFriends dan #MYNewBeginnings, kemudian tag @oneplus.nord.my
  • Setkan akaun Instagram kepada Public
  • Lengkapkan borang berikut

Jangan lupa untuk sertai pelancaran OnePlus Nord melalui aplikasi AR yang boleh dimuat turun di Android dan iOS pada 10 malam 21 Julai 2020.

BACA  Kenapa Jangan Beli OnePlus Nord ?!