• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A31 dikurangkan RAM dan storan agar lebih murah dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 11:43 am
  • 22/07/2020
  • Komen
Oppo A31 dikurangkan RAM dan storan agar lebih murah dijual di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia hari ini mengumumkan penjualan variasi baru untuk telefon pintar Oppo A31. Sebelum ini, ia hadir dengan RAM 6GB dan storan 128GB, berharga RM899. Kini ia boleh didapati dalam RAM 4GB dan storan 64GB pada harga RM599 sahaja.

Model baru ini juga datang dalam pilihan warna yang baru, hitam atau hijau. Berbeza dengan variasi lebih tinggi sebelum ini, yang boleh dipilih antara hitam dan putih.



Spesifikasi lain adalah sama untuk variasi terbaru ini. Oppo A31 dikuasakan cip Mediatek Helio P35 8-teras, dengan kelajuan sehingga 2.3GHz. Baterinya berkapasiti 4,230mAh dan mengecas melalui port mikroUSB.

Skrin Oppo A31 sebesar 6.5-inci dengan resolusi HD 720p sahaja. Ia menggunakan kaca Corning Gorilla Glass 3 di atasnya. Telefon ini memiliki tiga slot kad yang boleh digunakan serentak, dua untuk kad sim nano dan satu untuk kad mikroSD sehingga 256GB.



Terdapat 3 kamera di belakangnya iaitu kamera utama 12MP F1.8, kamera pengesan kedalaman 2MP F2.4 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera hadapan pula 8MP F2.0, terletak di takuk di atas skrin.

Dengan harga dan spesifikasi begini, Oppo A31 bersaing ketat dengan Xiaomi Redmi 9 serta Realme 6i. Tetapi jika anda peminat Oppo, anda boleh mendapatkan Oppo A31 dari Stor Online Oppo atau mana-mana pengedar sah Oppo sekarang.

Tags: oppoOppo A31
Najib

Najib

POPULAR

Oppo A31 dikurangkan RAM dan storan agar lebih murah dijual di Malaysia

Oppo A31 dikurangkan RAM dan storan agar lebih murah dijual di Malaysia

22 July 2020
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN