• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TV Sarawak terima lesen operasi selama 10 tahun, akan bersiaran percuma

  • OLEH Najib
  • 5:45 pm
  • 23/07/2020
  • Komen
TV Sarawak terima lesen operasi selama 10 tahun, akan bersiaran percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Sarawak telah mendapat lampu hijau dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk mengendalikan stesen TV Sarawak apabila menerima lesen operasi stesen TV di Sarawak untuk tempoh 10 tahun. Ia adalah sebuah platform yang didirikan bagi membolehkan pemain industri seni di negeri itu, menghasilkan karya seterusnya menjana pendapatan.

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, dalam sambutan Hari Sarawak 2020 yang diadakan di Miri. Sambutan ini turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib serta Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin.



Menurut Abang Johari, rakyat negeri itu berpeluang untuk menikmati saluran berkenaan secara percuma. Sarawak Media Group (SMG) dan syarikat berkaitan kerajaan Sarawak akan bekerjasama untuk mengurus dan mengendalikan stesen televisyen yang menyediakan saluran percuma. Ia juga akan menyediakan perkhidmatan penerbitan dalam talian dan penyediaan maklumat.

TV Sarawak akan memulakan percubaan teknikalnya pada akhir tahun ini. Sehubungan itu, Ketua Menteri menyeru semua pemain industri kreatif tempatan untuk merebut peluang keemasan ini setelah stesen TV ini beroperasi sepenuhnya.



Sumber: Astro Awani, TV Sarawak

Tags: Abang Johari
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
TV Sarawak terima lesen operasi selama 10 tahun, akan bersiaran percuma

TV Sarawak terima lesen operasi selama 10 tahun, akan bersiaran percuma

23 July 2020
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN