• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

APP penjejak Covid-19 Korea Selatan dikesan lemah tahap keselamatannya, adakah MySejahtera terkesan?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:44 am
  • 24/07/2020
  • Komen
APP penjejak Covid-19 Korea Selatan dikesan lemah tahap keselamatannya, adakah MySejahtera terkesan?
Share on FacebookShare on Twitter

Negara di seluruh dunia berpusu-pusu membangunkan aplikasi yang boleh digunakan untuk mengesan penularan COVID-19. Bukan saja ia digunakan pihak berwajib untuk mengesan, berita terkini berkaitan juga boleh disalurkan dengan pantas.

Di Malaysia, kita ada MySejahtera

Tapi, disebabkan bingkai waktu yang terhad, negara tak punya banyak masa untuk bangun dan pastikan aplikasi tersebut selamat daripada segi privasi. Contohnya di Korea Selatan, aplikasi penjejak yang digunakan di negara itu miliki kunci penyulitan “1234567890123456”.



Hal ini bermakna, mana-mana hacker yang berjaya mencuri data yang tersulit, boleh menggunakan kunci tersebut untuk menyahkod maklumat yang terkandung di dalamnya. Sudah tentu antara maklumat yang mampu dikorek adalah seperti lokasi, nama, tempat tinggal, emel, nombor telefon, dan pelbagai maklumat yang sepatutnya sulit.

Kerajaan Korea menyedari akan hal tersebut dan memohon maaf sementara pihaknya memperbaiki kelemahan tersebut.



Ini bukanlah kes yang terpencil. Misalnya, aplikasi penjejak yang digunakan di India juga dikesan miliki tahap keselamatan yang lemah, menurut penggodam topi putih. Bukan itu saja, salah seorang ahli politik India, Rahul Gandhi, melahirkan kerisauan bahawa aplikasi tersebut disumberluarkan kepada pihak swasta tanpa pemantauan kerajaan.

The Arogya Setu app, is a sophisticated surveillance system, outsourced to a pvt operator, with no institutional oversight – raising serious data security & privacy concerns. Technology can help keep us safe; but fear must not be leveraged to track citizens without their consent.

— Rahul Gandhi (@RahulGandhi) May 2, 2020

Di Qatar pula, pertubuhan Amnesty International mampu mengorek data lebih sejuta pengguna aplikasi penjejak yang diwajibkan terhadap penduduk Qatar. Walaupun kerentanan ini sudahpun ditampal, ia sepatutnya tidak berlaku jika penelitian yang teliti diberikan semasa pembangunan aplikasi.

Menurut pertubuhan itu juga, aplikasi yang digunakan di Bahrain, Kuwait, dan Norway lebih mengancam kerahsiaan kerana menggunakan data GPS secara masa nyata.

Di Malaysia, masih belum kedengaran isu berkenaan ini. Orang yang tahu-tahu tentang menganalisis kod aturcara bolehlah menyelongkar APP MySejahtera dan yang seangkatan dengannya untuk mencari sebarang kerentanan.

Tahukah anda yang di halaman polisi kerahsiaan MySejahtera, pembangunnya tidak menyatakan data anda dilindungi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010?

Sumber: Endgadget, gambar pemuka

Tags: COVID-19covid19korea selatanmysejahtera
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

APP penjejak Covid-19 Korea Selatan dikesan lemah tahap keselamatannya, adakah MySejahtera terkesan?

APP penjejak Covid-19 Korea Selatan dikesan lemah tahap keselamatannya, adakah MySejahtera terkesan?

24 July 2020
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER