Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Hands-on Mi TV Stick: Semua orang kena ada gajet ini

Mi TV Stick ialah produk terbaru dalam keluarga Android TV Xiaomi. Bukan saja terbaru, ini adalah Android TV dengan sokongan rasmi Google yang termurah boleh anda dapatkan di Malaysia.

Kami dapatkan unit ini pada harga kurang daripada RM150 dan nak cuba pandu uji untuk ketahui sama ada Mi TV Stick lagi best atau Mi Box lagi best sebab harga Mi Box lebih tinggi.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, saya nak jawab satu soalan ni. Ada pembaca SoyaCincau di Facebook Group RKMD membangkitkannya.

Adakah benda ini seperti TV Box?

“TV Box” adalah satu istilah generik yang biasa anda dengar bila pergi ke kedai-kedai komputer. Benar, secara ringkasnya Mi TV Stick ialah sebuah TV Box yang dikuasakan sistem operasi Android.

Mi Box miliki fizikaliti TV Box konvesional

Saiznya dikecilkan menjadi sebesar pemacu kilat anda dan bolehlah digelar “TV Stick” dan ia dikuasakan sistem operasi Android.

Mi TV Stick sebesar pemacu kilat

Kemudian, soalan susulannya yang saya terima ialah sama ada perlukah bayar yuran langganan.

Jawapannya adalah ia bergantung kepada penyedia manakah yang anda gunakan untuk melayani kandungan multimedia. Servis on-demand seperti Netflix, Spotify, Google Play Movie & TV memang masing-masing ada yuran langganan.

Netflix adalah sebab utama saya gemarkan Android TV
Kalau anda ada sistem audio yang baik, dengar Spotify pun menarik

Tapi, boleh sahaja anda layani kandungan percuma tanpa keluarkan sesenpun contohnya Spotify memang ada versi percuma tapi didatangkan dengan iklan, begitu juga YouTube. Unifi TV juga ada jika anda seorang pelanggan servis internet Unifi.

Fizikaliti Mi TV Stick

Pertama sekali, kita lihat pada fizikaliti Mi TV Stick. Dah namanya stick, sudah tentu rupanya kecil. Kalau nak dibandingkan dengan Mi Box, Mi TV Stick ada tahap mobiliti yang lebih tinggi.

Perbandingan saiz Mi TV Stick dengan Mi Box

Jadi, golongan yang sesuai sangat beli benda ini ialah yang sering outstation dan tinggal di hotel tapi TV hotel tiada kandungan yang menarik untuk dilayani.

BACA  Mi Smart Band 5 mula dijual di Malaysia pada harga lebih tinggi
Kalau port HDMI berserenjang dengan panel paparan, anda perlukan ruang di belakang TV

Yang kedua ialah kereta yang ada HDMI input dekat infotaimentnya. Tak perlu lagi cari headunit yang harga mahal, asalkan boleh terima isyarat HDMI, bolehlah layan Netflix dan yang seangkatan dengannya.

Sesetengah kereta dilengkapi port HDMI

Pada badan Mi Stick TV cuma ada satu satu port mikro-USB dan ia hanya digunakan untuk bekalkan kuasa, dan bukannya untuk data. Jadi jangan beranganlah nak cucuk kabel on-the-go untuk pindahkan APK.

Tiada port USB, bagaimana nak pindahkan fail APK?

Menggunakan Mi Stick TV adalah semudah plug & play. Ia boleh dikuasakan menggunakan unit pembekal tenaga yang dibekalkan atau guna saja port USB sedia ada di belakang TV.

Kalau port HDMI belakang TV selari dengan panel paparan, pemasangan jadi lebih kemas
Port mikro-USB pada Mi TV Stick

Perkara ini lebih mudah berbanding Mi Box sebab model terdahulu perlukan 5V dan 2.1A untuk dikuasakan. Sedangkan Mi TV Stick cuma perlukan 5V dan 1A.

Power rating pada Mi Box
Power rating untuk Mi TV Stick

Walaupun keperluan kuasanya berbeza, tapi apabila beroperasi kedua-duanya sama saja daripada segi antara muka.

Antara muka Mi TV Stick serupa dengan Mi Box

Di Mi Box, ia ada satu port USB-A yang boleh digunakan untuk mengakses data. Misalnya, anda ada pemacu kilat yang sarat dengan video ataupun fail pemasangan APK, anda boleh aksesnya secara langsung melalui port tersebut.

Port USB-A pada Mi Box

Tapi seperti yang saya cakapkan tadi, port mikro-USB di Mi TV Stick tiada fungsi on-the-go. Jadi anda terpaksa gunakan kaedah wayarles untuk pindahkan fail. Cari saja APP yang ada fungsi file manager.

Anda kena transfer file APK secara wireless gunakan protokol FTP. Saya jadikan telefon saya sebagai server manakala Mi TV Stick sebagai client. Saya cuma perlu muat turun file APK ataupun apa saja fail yang ingin dipindahkan ke TV dan akses fail tersebut di pihak client.

Contoh File Explorer

Pengalaman Guna

Pengalaman saya menggunakan Mi TV Stick sangat berkait rapat dengan spesifikasinya. Walaupun tak dinyatakan secara rasmi, ia berkemunkinan besar gunakan SoC Amlogic S805X, berdasarkan laporan Aida64.

BACA  Cara untuk jana kod QR MySejahtera percuma untuk kenduri-kendara anda

Kemudian, ia ada RAM sebesar 1GB dan storan 8GB tapi storan yang tersediai alah 5GB kerana 3GB lain diisi oleh sistem oeprasi Android 9.

Mi TV Stick gunakan SoC kuadteras dengan clockspeed maksimum 1.2Ghz
Mi TV Stick ada RAM 1GB dan storan 8GB
Untuk tugasan grafik, ia digalas Mali-450 MP

Kalau produk ini sebuah telefon, ia memang layak dibakulsampahkan. Tapi pada saya untuk sebuah Android TV, ia cukup baik. Pemproses 4 teras dengan RAM 1GB mampu untuk galas tugasannya kerana ia tak perlu lakukan kerja multitugasan pun.

Boleh guna aksesori audio Bluetooth untuk privacy

Tapi saya perlu mengaku yang ia sedikit lembap berbanding Mi Box yang ada RAM 2GB. Nak lancarkan ataupun tutup sesuatu APP terasa lama. Namun, bila video mula dimainkan, ia beroperasi dengan lancarnya.

Produk ini boleh stream-kan Netflix secara sah kerana melepas tahap DRM yang sepatutnya.

Maklumat Widevine L1

Mujurlah produk ini menyokong Wi-Fi 5. Jadi daripada segi kepantasan capaian Internet, saya tak rasakan ia hadapi masalah. Ujian menunjukkan ia tiada masalah untuk mencapai lebih 60% kelajuan pelan langganan Internet kami.

4 perkara yang saya lakukan guna Mi TV Stick

Tonton Netflix

Tonton Youtube guna fungsi Chromecast

Dengar Spotify guna fungsi Spotify Connect

Stream video

Kesimpulan

Jika anda perlukan Android TV yang terima sokongan rasmi Google, ini adalah penyelesaian termurah. Mi Box lebih berkuasa, tapi Mi TV Stick ada tahap mobiliti supertinggi.

Sekiranya anda tak perlukan resolusi 4K, Mi TV Stick adalah jawapannya kerana pengalaman guna adalah sama. Mungkin ada sedikit lagging sebab RAM 1GB tapi lain-lain saya tiada masalah.

Anda boleh dapatkan Mi TV Stick pada harga kurang RM150 di Lazada ataupun Shopee. Tapi ini bukanlah set rasmi Malaysia sebaliknya set import.