• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Academy ada sediakan kelas dan kursus dalam talian percuma

  • OLEH Najib
  • 6:07 pm
  • 24/07/2020
  • Komen
Huawei Academy ada sediakan kelas dan kursus dalam talian percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia baru-baru ini melancarkan Huawei Academy di mana ia menyediakan kelas dan kursus dalam talian untuk pengguna Huawei di Malaysia. Ia boleh ditonton menerusi Huawei Video, aplikasi penstriman video yang boleh didapati di peranti Huwaei.

Terdapat sekitar 300 video tentang kelas dan kursus yang terdapat di dalam Huawei Academy, dikendalikan oleh 22 orang tutor yang berpengalaman dan terlatih yang pakar dalam bidang mereka tersendiri. Ia termasuk kelas badminton oleh atlet badminton negara, Goh Liu Ying; kelas berlakon oleh aktres dan model tempatan, Sangeeta Krishnasamu; serta tips bermain futsal oleh Syed Adney.



Selain itu, pelajar sekolah boleh mendapatkan tips pendidikan untuk sbujek UPSR, PT3 dan SPM. Antaranya dibawakan oleh Cikgu Shankar dan Cikgu JP untuk subjek Sejarah, Cikgu Nurul Hazirah bagi subjek Sains, Cikgu Arasi dan Cikgu Hasni untuk Bahasa Melayu, serta ramai lagi. Terdapat juga subjek Pengaturcaraan C++ oleh Ts. Khoh Wee How. Setiap subjek dipecahkan kepada 20 episod.

Untuk mengakses kandungan Huawei Academy, pengguna peranti Huawei hanya perlu membuka aplikasi Huawei Video yang terdapat di dalam peranti mereka. Tetapi tidak semua kandungan di dalam Huawei Video adalah percuma. Huawei ada menawarkan akses premium percuma kepada sesetengah rsaluran untuk pembeli peranti model baru, seperti Huawei P40, Nova 7 dan tablet MatePad.



Antara rakan penyedia kandungan video yang boleh distrim di dalam Huawei Video adalah seperti BBC Studio, Daily Motion, Mediacorp, TVB, Dimsum dan Astro. Terdapat juga kandungan beresolusi tinggi 4K pada video terpilih, dalam bentuk drama bersiri, filem, dokumentari serta hiburan.

Aplikasi Huawei Video boleh dimuat turun menerusi Huawei AppGallery di sini.

Tags: HuaweiHuawei AcademyHuawei Video
Najib

Najib

POPULAR

Huawei Academy ada sediakan kelas dan kursus dalam talian percuma

Huawei Academy ada sediakan kelas dan kursus dalam talian percuma

24 July 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER