Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Shot on iPhone 6 pemenang tempat pertama Anugerah Fotografi iPhone 2020

Anugerah Fotografi iPhone 2020 (IPPA 2020) telah menyaksikan ribuan penyertaan dari pengguna iPhone di seluruh dunia. Penyertaan ini dibahagikan kepada beberapa kategori, dengan kategori utama adalah Jurugambar Terbaik Tahunan.

Untuk tahun ini, juri telah bersepakat memilih gambar yang diambil oleh Dimpy Bhalotia dari United Kingdom, sebagai pemenang hadiah utama untuk Jurugambar Terbaik Tahunan. Beliau menggunakan iPhone X dan gambar kemenangannya diambil di Banaras, India.

Lebih menarik sebenarnya adalah pemenang tempat pertama. Ia dianugerahkan kepada Artyom Baryshau dari Belarus. Beliau hanya menggunakan iPhone 6 untuk mengambil gambar jalur belang biru, sekali lagi di India.

Satu lagi maklumat menarik dari anugerah ini ialah pememang kategori ‘People’ atau orang. Tempat pertama kategori ‘People’ dimenangi oleh Omar Lucas dari Peru. Beliau mengambil gambar menggunakan peranti yang berusia 10-tahun, iaitu iPhone 4. Ini membuktikan gambar yang sangat menarik, tidak memerlukan kamera yang hebat.

Pemenang Kategori People – Omar Lucas

IPPA adalah acara anugerah bebas yang tidak melibatkan Apple. Ia telah diadakan sejak tahun 2008, dan tahun ini adalah tahun ke-13 mereka. Penyertaan untuk tahun 2021 kini telah dibuka dengan tarikh akhir penyertaan pada 31 Mac 2021. Borang penyertaan IPPA 2021 boleh didapati di sini.

Anda boleh menyemak semua senarai nama pemenang IPPA 2020 di sini dan gambar yang diambil mereka menggunakan iPhone di sini.

Sumber: 9to5mac

BACA  Cuba anda teka harga kabel baru Thunderbolt 3 Apple dengan kemasan sirat