Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Cuba anda teka harga kabel baru Thunderbolt 3 Apple dengan kemasan sirat

Dalam laman Apple Malaysia di ruangan aksesori kabel dan pengecas, ada satu produk baru. Ia adalah kabel Thunderbolt 3 Pro sepanjang 2 meter. Bezanya dengan yang sedia ada adalah ia lebih panjang (2 meter vs 0.8 meter) dan hadir dengan kemasan sirat (braided).

Sekiranya anda ingin milikinnya, ia berharga RM649. Untuk perspektif, anda boleh dapatkan satu Oppo A5 (2020) dan miliki lebihan untuk beli screen protector beserta casing. Sebagai perbandingan, kabel Thunderbolt 3 biasa yang dijual Apple sekarang berharga RM219.

Kedua-dua kabel ini miliki spesifikasi yang sama kecuali pada fizikaliti. Antara yang boleh ditampung kabel ini adalah seperti:

  • Perpindahan data pada kadar 40Gb/s
  • Perpindahan data USB3.1 Gen 2 pada 10Gb/s
  • Display Port
  • Mengangkut tenaga sehingga 100W

Carian ringkas saya terhadap kabel Thunderbolt 3 pihak ketiga di Lazada dan Shopee mendapati yang produk ini memang sukar didapati. Paling hampir pun 2 meter pada harga RM264.99 dengan penghantaran daripada luar negara.

Tidaklah menghairankan mengapa kabel Thunderbolt 3 adalah mahal. Piawaian ini dikawal selia dengan ketat oleh Apple dan Microsoft bagi menjamin kualiti dan pengalaman menggunakannya, lebih-lebih lagi apabila Thunderbolt 3 telah menjadi sebahagian daripada piawaian USB 4.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  Apple gagal dalam usaha memerah 30% komisen daripada Wordpress