• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy M01 Core, telefon Android Go pada harga sekitar RM300

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:12 pm
  • 27/07/2020
  • Komen
Galaxy M01 Core, telefon Android Go pada harga sekitar RM300
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna di India ada satu telefon Samsung baru yang berada dalam kategori bajet. Samsung Galaxy M01 Core dijual dalam pasaran India pada harga bermula INR5,499 (RM312). Tidaklah diketahui sama ada ia akan tiba di Malaysia, tapi jika ya sudah tentu ia turut jadi altenatif menarik kepada pengguna di sini.

Ini adalah produk Android Go kedua dari Samsung, selepas Galaxy J2 Core.



Galaxy M01 Core diperkasa cip Mediatek MT6739. SoC tersebut bergandingan dengan RAM sama ada 1GB dan 2GB. Storan pun taklah besar mana. Anda menerima ruang storan seluas 16GB ataupun 32GB. Ruang penyimpanan boleh diperluas melalui slot mikro-SD khas.

Di bahagian muka, ada paparan HD+ daripada jenis TFT sebesar 5.3”. Paparan tersebut mengambil tenaga daripada bateri berkapasiti 3,000mAh. Di bahagian pengimejan, ada dua kamera pada telefon ini, satu depan dan satu lagi di belakang. Mereka masing-masing ada kamera 5MP dan 8MP.



Walaupun dalam kategori harga bajet, ia ada ciri-ciri seperti jek audio 3.5mm, Bluetooth 5.0, dan Wi-Fi 2.4Ghz. Harga Samsung Galaxy M01 Core di India adalah seperti berikut:

  • RAM 1GB + Storan 16GB – INR5,499 (RM312)
  • RAM 2GB + Storan 32GB – INR6,499 (RM369)

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Android Gosamsungsamsung galaxysamsung galaxy m01 core
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Galaxy M01 Core, telefon Android Go pada harga sekitar RM300

Galaxy M01 Core, telefon Android Go pada harga sekitar RM300

27 July 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER