Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Hampir 1 bilion Pokemon ditangkap minggu lepas

Pemain Pokemon GO di seluruh dunia telah menangkap hampir 1 bilion Pokemon di seluruh dunia, dalam satu sambutan festival pada hujung minggu lepas. Tahun lepas, acara Pokemon GO Fest hanya disambut di Chicago, Dortmund dan Yokohama. Tahun ini, Pokemon GO Fest 2020 diadakan di seluruh dunia.

Menurut pembangun permainan ini, Niantic, jutaan pemain Pokemon Go dari lebih 120 negara telah menyertai temasya selama 2-hari ini. Penyertaannya bukanlah percuma, pemain perlu membeli tiket penyertaan bernilai USD14.99 atau RM59.90 untuk pemain di Malaysia, sebelum berpeluang menangkap Pokemon yang bekeliaran lebih banyak dari kebiasaan.

Sebelum berlangsungnya acara ini, Niantic telah berjanji akan menyumbang sebanyak USD 5 juta kepada badan bukan kerajaan di Amerika Syarikat untuk membantu komuniti di sana bangkit kembali selepas wabak COVID-19 melanda dunia. Tetapi melihatkan sambutan pembelian tiket yang luar biasa, Niantic menaikkan jumlah sumbangan tersebut melebihi USD 10 juta.

Secara statistik, sepanjang dua hari ini pada 25-26 Julai 2020, pemain Pokemon GO telah:

  • Menangkap hampir 1 bilion Pokemon
  • Menewaskan lebih 58 juta ahli Team GO Rocket
  • Menghantar 55 juta kotak hadiah kepada rakan
  • Berjalan secara purata 15km setiap orang

Penganjur acara ini sebenarnya mahu pemain hanya duduk di rumah untuk menyertainya, tetapi peserta nampaknya gembira berjalan-jalan untuk menangkap pelbagai Pokemon yang sukar ditemui pada hari biasa.

Untuk menyokong bermain Pokemon Go dari rumah, Niantic telah mengadakan pelbagai inisiatif baru seperti pas RAID bersama rakan, kotak hadiah percuma setiap hari, misi baru tanpa perlu melawat ke gym setiap hari, jarak melawat gym yang lebih jauh dan banyak lagi.

Adakah anda bermain Pokemon GO? Apakah Pokemon paling menarik telah anda tangkap semasa Pokemon GO Fest 2020 minggu lepas? Semoga ia dapat membantu anda untuk mencapai cita-cita menjadi penangkap Pokemon terbaik di dunia.

BACA  Vivo V20 SE hadir bersama pengecasan pantas 33W dan kamera depan 32MP

Sumber: Pokemon GO