Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

COVID-19: 39 kes baru direkodkan di Malaysia dengan lebih separuh adalah kes dari Sarawak

Kita hari ini mencatatkan peningkatan mendadak daripada segi kes baru COVID-19. Laporan daripada KKM memberiahu yang ada 39 kes baharu untuk jadikan kes terkumpul sekarang berjumlah 8,943. Tiada kematian dicatatkan hari ini dan angka korban kekal di 124.

DI bahagian sembuh, sebanyak 6 kes dilaporkan sembuh untuk jadikan kes sembuh terkumpul berada pada paras 8,607.

Kes yang sedang aktif kini menjadi 212. Daripada jumlah tersebut 1 pesakit berada di ICU dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berbalik kepada 39 kes baru, 28 adalah kes tempatan manakala baki adalah kes import. 11 kes import tersebut melibatkan 4 warganegara Malaysia yang baru pulang dairpada Korea , United Kingdom, Arab Saudi, dan Ireland.

Sarawak adalah penyumbang terbesar untuk kes hari ini. 9 kes datangnya daripada kluster Sentosa, 4 daripada kluster kejuruteraan Kuching, 4 daripada kluster Satok, dan 4 kes bukan daripada mana-mana kluster.

Hospital Sentosa Kuching buat masa ini sedang merawat 30 kes COVID-19. Lokasi itu ketika ini dikuarantin dan proses pengesanan kontak sedang dijalankan. Dalam pada masa yang sama, kerajaan Sarawak mengeluarkan arahan kuarantin mandatori untuk orang yang masuki Sarawak daripada Semenanjung, Labuan, dan Sabah bermula 1 Ogos 2020.

BACA  Maklumat terkini COVID-19 boleh didapati di WhatsApp KKM