Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Grab naikkan had terendah tambah nilai perbankan online kepada RM50

Grab baru-baru ini telah menghantar notis kepada pengguna bahawa, had minima tambah nilai dompet elektronik (eWallet) GrabPay mereka melalui perbankan online (FPX), akan dinaikkan daripada RM20 kepada RM50. Kenaikan had minima baru ini akan berkuatkuasa mulai 31 Julai 2020.

Menurut Grab, langkah ini diambil untuk memberikan pengalaman pembayaran tanpa tunai bernilai tinggi yang lebih pantas, kerena pengguna tidak perlu selalu menambah nilai eWallet mereka. Ia berikutan penerimaan GrabPay kini semakin meluas di seluruh negara.

Bagaimanapun, had minima RM50 ini hanya untuk tambah nilai melalui perbankan online sahaja, tidak termasuk Maybank2u. Jika menggunakan kad debit/kredit atau Maybank2u, had minima tambah nilai masih dikekalkan RM20.

Di dalam GrabPay, perbankan online yang disenaraikan di dalam tambah nilai eWallet mereka selain Maybank2u ialah CIMB, Public Bank, Hong Leong Bank, RHB, Bank Islam, AmBank, Standard Chartered Bank, Alliance Bank, Bank Rakyat, HSBC, OCBC, UOB, Affin Bank, Bank Muamalat, Kuwait Finance House dan BSN.

Untuk Maybank2u, pengguna boleh menghubungkan akaun Maybank mereka ke GrabPay untuk tambah nilai lebih pantas. Hanya buat sekali tetapan dan ia tidak lagi bertanyakan nama pengguna dan kata laluan untuk tambah nilai seterusnya. Hanya tunggu kod pengesahan SMS. Pengguna juga boleh menetapkan fungsi auto tambah nilai, apabila nilai di dalam eWallet berkurangan.

BACA  Tahukah anda yang anime Dragon Ball adalah buatan Malaysia?