Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

70mai lancar tempahan awal A800, dashcam yang mampu rakam video 4K depan dan belakang

70mai terkenal dengan penawaran dashcam harga patut. Cari saja di Lazada mahupun Shopee, anda boleh dapatkan seunit dashcam berkualiti tinggi pada harga kurang daripada RM150. Tapi pengeluarnya mahukan lebih daripada itu kerana mereka lancarkan tempahan awal model A800, dashcam yang saya katakana tergolong dalam kategori premium berdasarkan spesifikasinya.

Dashcam ini ada dua lensa, satu ditampal pada cermin hadapan dan satu lagi ditampal pada cermin belakang. Mereka boleh merakam dalam resolusi 4K, antara yang tertinggi dalam pasaran setakat ini pada sebuah dashcam. Video beresolusi tinggi menyebabkan lebih banyak butiran boleh diekstrak daripada video sumber jika berlaku apa-apa.

Rakaman boleh dilakukan serentak dan kedua-dua kamera tersebut miliki sudut pandang seluas 140 darjah setiap satu. Ia dilengkapi dengan Advanced Driving Assistant System. Ia adalah satu ciri keselamatan yang memberi amaran kepada anda sekiranya kenderaan keluar daripada laluan ataupun anda menghampiri kereta depan terlalu pantas.

Sebagai ciri tambahan, dashcam ini juga ada sensor GPS untuk merekodkan kelajuan dan lokasi.

Apabila enjin dimatikan, kamera ini tetap berfungsi. Sekiranya anda menghubungkan kamera ini pada bateri kareta, ia boleh diletakkan dalam keadaan standby untuk merakam video sekiranya ia mengesan gegaran.

Di Indiegogo, 70mai A800 dijual dalam beberapa kombo pada harga seperti berikut:

  • A800 + RC06 (kamera depan & belakang) – RM464
  • A800 (kamera depan sahaja) – RM378

Perlu dimaklumkan yang itu adalah harga promosi sepanjang kempen Indiegogo berjalan. Harga asal 70mai A800 adalah bermula RM637. 70mai A800 dijadualkan mula dihantar pada pelanggan tempahan awal dalam bulan September 2020.

Layari laman rasmi promosi untuk maklumat lanjut.

BACA  Iklan bertukar ke iPhone membanjiri media sosial