Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Ini adalah cadangan waktu perjalanan sempena Hari Raya Haji daripada PLUS

PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) hari ini telah mengeluarkan cadangan waktu perjalanan bersempena dengan perayaan Hari Raya Haji. Ia bagi melicinkan pergerakan semua pengguna lebuh ray aitu sepanjang hari cuti tersebut. Berikut adalah saranan PLUS tentang waktu perjalanan daripada 29 Julai hingga 3 Ogos 2020.

Perjalanan keluar dari Lembah Klang

  • Bergerak sebelum 10 pagi sekiranya anda daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (utara), ataupun Johor
  • Bergerak selepas 2 petang sekiranya anda daripada lokasi selain yang dinyatakan di atas

Perjalanan kembali ke Lembah Klang

  • Bergerak sebelum jam 9 pagi

Selain mencadangkan waktu perjalanan, PLUS turut mengambil beberapa Langkah tambahan lain bagi memastikan keselesaan pengguna. Kira-kira 3,500 petugas akan ditempatkan di lokasi-lokasi strategic bagi membantu anda. Ia melibatkan 1,344 orang yang bersedia dalam kumpulan khidmat pelanggan, 254 PLUSRonda, 1,500 untuk tujuan selenggara, 58 petugas di Pusat Kawalan Trafik, dan 400 anggota RELA di Kawasan rehat dan rawat, hentian sebelah, dan plaza tol.

Pihak PLUS juga menghentikan semua kerja selenggara dan naik taraf jalan-jalan mereka sehingga 3 Ogos 2020.

Untuk pihak pengguna, PLUS menasihatkan orang ramai untuk pastikan baki kad Touch ‘n Go mereka mencukupi sebelum keluar daripada lebuh raya. Mereka boleh menambah nilai lebih awal atauapun di lokasi-lokasi terpilih sepanjang lebuh raya.

Pengguna juga diminta untuk memanfaatkan sepenuhnya Perkhidmatan Pra-Pesanan PLUS sekiranya ingin memesan makanan sewaktu dalam perjalanan. Perkhidmatan ini tersedia untuk lokasi berikut:

  • R&R Dengkil (kedua-dua arah)
  • R&R Rawang (utara)
  • Restoran Jejantas Sungai Buloh (kedua-dua arah)
  • R&R Machap (kedua-dua arah)
  • R&R Pagoh (selatan)
  • R&R Tapah (selatan)
  • R&R Ulu Bernam (selatan)
  • Hentian Sebelah Juru (selatan)
  • R&R Ajil (utara)
  • R&R Paka (utara)
  • R&R Perasing (selatan)
BACA  Oppo Reno 4 Pro & Reno 4: Maklumat penjualannya di Malaysia

Maklumat tentang kadar tol, kesesakan, dan sebagainya boleh didapati menerusi Aplikasi telefon pintar PLUS ataupun ikuti twitter @PLUSTrafik ataupun PLUSLine di 1800 88 0000.