• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perdana Menteri mahu umum lanjutan moratorium petang ini

  • OLEH Najib
  • 10:56 am
  • 29/07/2020
  • Komen
Perdana Menteri mahu umum lanjutan moratorium petang ini
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu inisiatif yang diumum kerajaan di dalam Bantuan Prihatin Nasional pada bulan Mac lepas, adalah penangguhan bayaran pinjaman bank atau dipanggil moratorium, selama 6 bulan bermula dari bulan April hingga September 2020. Sehingga kini, kerajaan tidak memberi sebarang bayangan sama ada mahu meminta bank untuk menyambung moratorium selepas tamatnya bulan September.

Pagi ini, Perdana Menteri Malaysia menerusi akaun media sosialnya, memuat naik poster menyatakan bahawa beliau akan membuat satu pengumuman pada petang ini. Poster itu bertajuk, “Pengumuman Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar“.



Pengumuman Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar. pic.twitter.com/PHBhZxbMhV

— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) July 29, 2020

Dari tajuk ini, ia ibarat memberi petunjuk bahawa akan ada lanjutan moratorium tetapi tidak lagi diberikan secara automatik kepada semua peminjam. Bantuan bank bersasar bermaksud hanya peminjam tertentu sahaja yang akan dilanjutkan moratorium, berdasarkan beberapa ketetapan dan syarat yang akan diteliti bank.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul pernah berkata sebelum ini bahawa cara yang terbaik untuk menyambung moratorium ialah dengan memberi tumpuan kepada kumpulan sasaran yang memerlukan. Beliau menasihatkan peminjam agar menghubungi bank lebih awal jika mereka merasakan bahawa mereka perlu menjadualkan semula pembayaran balik pinjaman mereka.



Adakah ada perkara baharu yang akan diumumkan Perdana Menteri sebelum ini? Kita nantikan pengumuman dari Perdana Menteri pukul 3 petang ini yang akan bersiaran di RTM, Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Sumber: Twitter

Tags: moratoriummuhyiddin yassin
Najib

Najib

POPULAR

Perdana Menteri mahu umum lanjutan moratorium petang ini

Perdana Menteri mahu umum lanjutan moratorium petang ini

29 July 2020
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN