Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

RM50 ePenjana boleh ditebus bermula 31 Julai hingga 24 September

Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul hari mengeluarkan kenyataan media bahawa rakyat Malaysia boleh menebus RM50 kredit ePenjana mulai 31 Julai 2020. Sebanyak tiga penyedia perkhidmatan eWallet telah dipilih untuk menyalurkan kredit ini iaitu Boost, GrabPay dan Touch n Go eWallet.

Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama aplikasi MySejahtera. Untuk memohon kredit ini, setiap pemohon mesti memuat turun salah satu dari tiga eWallet tadi, serta memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera.

Pemohon yang layak untuk menebus kredit RM50 ePenjana adalah rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun. Pemohon yang layak juga akan menerima padanan insentif bernilai RM50 dalam bentuk rebat tunai (cashback), baucar dan mata ganjaran sepanjang tempoh kempen.

Perlu diambil perhatian, tempoh memohon RM50 kredit ePenjana adalah dari 31 Julai hingga 24 September 2020 sahaja. Manakala tarikh akhir penggunaan kredit ini adalah pada 30 September 2020. Bermakna, jika ia tidak digunakan maka kredit tersebut akan ditarik semula.

Semua pemohon diminta untuk mengemaskini maklumat peribadi mereka di dalam aplikasi MySejahtera. Manakala cara-cara untuk menebus RM50 kredit ini perlu dirujuk kepada perkhidmatan eWallet masing-masing.

Rakyat diingatkan bahawa pemberian RM50 kredit ePenjana ini hanya melibatkan aplikasi MySejahtera, Boost, GrabPay dan Touch n Go eWallet sahaja. Jangan berkongsi maklumat peribadi anda dengan aplikasi lain untuk tujuan ini.

Sumber: Kementerian Kewangan

BACA  Grab naikkan had terendah tambah nilai perbankan online kepada RM50