• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

COVID-19: Tak guna mySejahtera punca sukar kesan kontak rapat kluster Sivagangga

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:56 pm
  • 03/08/2020
  • Komen
COVID-19: Tak guna mySejahtera punca sukar kesan kontak rapat kluster Sivagangga
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam sidang media harian KKM bertarikh 3 Ogos 2020, KKM memaklumkan yang mereka mengalami kesukaran mengesan kontak rapat kluster Sivagangga. Selain tidak menggunakan aplikasi mySejahtera, sistem merekod kedai makan tempat bermulanya kluster didapati tidak mematuhi SOP.

Masih tentang kluster Sivagangga, 1 kes positif baru dilaporkan pada 3 Ogos 2020 bersama-sama 1 lagi kes positif dari Labuan. Tiada kematian dicatatkan pada hari ini, maka kematian kekal di 125 (1.39%).



Bagi kes yang masih aktif dengan kebolehjangkitan, KKM melaporkan yang ada 208 sedang dirawat termasuklah satu kes dalam ICU dan tiada kes yang perlukan alat bantuan pernafasan

Seramai 4 kes pulih dilaporkan pada hari ini untuk dijumlahkan menjadi 8668 (96.3%) pesakit yang sudah pulih.



Berbalik kepada kluster Sivagangga, ia adalah kluster aktif yang terbesar buat masa ini. Sebanyak 425 orang telah disaring dan 21 daripadanya adalah positif dan 42 masih sedang menunggu keputusan selebihnya adalah negatif.

Selain kluster Sivagangga, KKM juga menyatakan yang 7 kluster berikut adalah berpunca daripada kes import yang tak patuhi arahan kuarantin di rumah:

  1. Kluster Kapal Spha
  2. Kluster PUI Novgorod
  3. Kluster PUI Pitakwa, Nigeria
  4. Kluster PUI Melbourn, Australia
  5. Kluster PUI Ramnad, India
  6. Kluster PUI Al Khobar, Arab Saudi
  7. Kluster PUI Shirala, India
  • Laporan 1 Ogos 2020
  • Laporan 2 Ogos 2020
Tags: covid19kkm
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

COVID-19: Tak guna mySejahtera punca sukar kesan kontak rapat kluster Sivagangga

COVID-19: Tak guna mySejahtera punca sukar kesan kontak rapat kluster Sivagangga

3 August 2020
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

5 June 2026
Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

31 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN