Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Oppo Reno 4 Pro & Reno 4: Maklumat penjualannya di Malaysia

Tak sampai 3 bulan daripada tarikh pelancaran siri Reno 3, hari ini Oppo Malaysia mengumumkan pula siri Reno 4. Bezanya dengan yang dulu adalah ia kini mengguna pakai SoC Snapdragon yang lebih berkuasa beserta konfigurasi kuadkamera yang baru.

Berapakah harganya?

Tempahan untuk miliki siri Reno 4 bermula antara 3 Ogoso 2020 hinggalah 7 Ogos 2020. Telefon ini akan mula dijual pada 8 Ogos 2020 di Oppo concept store, pengedar sah diseluruh negara dan melalui saluran dalan talian seperti Lazada dan Shopee.

Harga siri Reno 4 di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Oppo Reno 4 Pro (8GB+256GB) – RM2,399
  • Oppo Reno 4 (8GB+128GB) – RM1,699

Anda boleh dapatkan siri Reno 4 dalam warna Space Black dan Galactic Blue manakala Reno 4 Pro hadir dalam warna Starry Night dan Starry White.

Oppo ada sediakan promosi tempahan awal. Pembeli Reno 4 Pro akan terima hadiah bernilai RM398. Antara yang akan mereka dapat ialah TWS Oppo Enco W31, 1 tahun jaminan daripada skrin retak, baucar Klook RM100 (terhad kepada 2,000 penebusan terawal).

Pembeli awal Reno 4 pula akan menerima jaminan daripada skrin retak selama 1 tahun yang bernilai RM119.

Oppo Reno 4 Pro

Ini adalah varian paling berkuasa dalam sirinya. Di bahagian muka, ia ada paparan AMOLED sebesar 6.55” beresolusi FHD+. Kali ini ia menggayakan panel ber-refresh rate 90Hz yang lebih releven dlam tahun 2020.

Atas papan utama, ia diperkasa SoC Snapdragon 720G dengan RAM 8GB. Untuk menyimpan data, ia diberikan storan seluas 256GB.

Beralih ke jabatan pengimejan, Reno 4 Pro ada 4 kamera belakang dan satu kamera depan. Untuk kamera belakang, anda boleh gunakan kamera utama 48MP, kamera ultralebar 8MP, kamera makro 2MP, dan satu lagi kamera monokrom untuk mengambil gambar.

BACA  Oppo A93 akan datang ke Malaysia dengan 6 kamera

Selfie diambil menggunakan kamera 32MP yang diletakkan dalam paparan berlubang telefon ini.

Membekalkan tenaga kepada telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W.

Oppo Reno 4

Telefon ini sedikit kecil berbanding versi Pro. Ia ada paparan 6.43” beresolusi FHD+ tapi bukan yang ada refresh rate 90Hz. Atas papan utama, ia ada Snapdragon 720G juga dan RAM 8GB. Storannya sekali ganda lebih kecil daripada versi Pro iaitu pada 128GB.

Konfigurasi kamera belakang Reno 4 adalah sama seperti varian yang lebih berkuasa. Ia ada kombinasi kamera 48MP, 8MP (ultralebar), 2MP (makro), dan 2MP (mono). Tapi kamera selfie ada dua. Selain kamear 32MP, ia juga ada kamera 1.2MP untuk tujuan privacy.

Misalnya, ada satu fungsi pada telefon ini yang akan sorokkan kandungan mesej pada notifikasi bila ia mengesan wajah selain daripada pemiliknya.

Tangki bateri Reno 4 sedikit besar. Ia ada bateri 4,015mAh tapi Cuma diberikan pengecasan pantas 30W.