Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

GoCar Free Floating lebih jimat dan boleh pulang kereta di lebih 100 lokasi

GoCar kini secara rasminya melancarkan perkhidmatan “Free Floating“, cara menyewa kereta menggunakan sistem minit, bukan lagi jam. Lebih menarik lagi, Free Floating turut menyediakan cara pemulangan yang tidak tetap. Pengguna boleh memulangkan kereta GoCar di mana-mana lokasi terpilih, tidak lagi di tempat yang sama mengambil kereta.

Free Floating diperkenal oleh GoCar selepas mereka meneliti beberapa masalah yang diutarakan rakyat Malaysia. Antaranya mereka mahu berjimat setiap minit yang digunakan, tidak mahu membayar penuh mengikut jam. Selain itu, menaiki teksi atau e-hailing adalah terlalu mahal untuk perjalanan jauh, serta rasa takut untuk menaiki kereta bersama orang lain akibat COVID-19.

CEO GoCar Malaysia, Alan Cheah

Sebagai penyelesaiannya, GoCar Free Floating membenarkan pengguna membuat perjalanan sehala merentas negeri, menerusi model pembayaran mengikut minit dan pemulangan kereta di lokasi berbeza.

Perkhidmatan Free Floating telah menjalani ujian Beta sejak Mei 2020 dan kini ia boleh digunakan secara rasmi oleh semua pengguna GoCar. Setiap tempahan akan dikenakan caj asas RM0.99 bersama caj minit, mengikut jenis kereta seperti berikut:

  • Nissan Almera: RM0.17/minit atau 17 mata GoPocket/minit
  • Renault Captur: RM0.25/minit atau 25 mata GoPocket/minit

Sebagai contoh, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh yang mengambil masa 2.5 jam atau 150 minit, menggunakan Nissan Almera akan dikenakan caj sebanyak: 150 minit x RM0.17 + RM0.99 = RM26.49 sahaja. Untuk Renault Catupr pula, kadarnya ialah RM38.49.

Renault Captur

Bagaimanapun, pembayaran untuk perkhidmatan Free Floating hanya diterima dalam bentuk mata GoPocket, sejenis dompet elektronik atau eWallet untuk GoCar. Pengguna perlu memiliki minima 5,000 mata GoPocket sebelum boleh menempah kereta GoCar menggunakan Free Floating.

Buat masa ini, perkhidmatan Free Floating terdapat di lebih 100 lokasi di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang dan Perak. Jadi anda boleh memandu kereta GoCar dari Kuala Lumpur dan memulangkannya di Johor. Atau dari Negeri Sembilan ke Pulau Pinang.

BACA  Telefon terbaik Xiaomi kini ada dijual di Malaysia

Untuk menggunakan perkhidmatan Free Floating adalah mudah. Buka aplikasi GoCar seperti biasa dan pilih tetapan Free Floating. Ia akan memaparkan kereta yang tersedia untuk digunakan. Selepas mengesahkan kenderaan, anda akan dikenakan caj asas RM0.99.

Selepas selesai menggunakan kereta dan mahu memulangkannya, anda hanya perlu cari mana-mana lokasi Free Floating yang terdapat di dalam aplikasi. Tetapi anda harus menempah lokasi pemulangan ini. Ia untuk mengelakkan berlakunya pertindihan dengan pengguna lain. Setiap tempahan pemulangan akan dikhaskan untuk anda selama 45 minit. Jika tamat, anda perlu menempahnya semula, kalau masih ada kekosongan.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara penggunaan Free Floating, rujuk ruangan soalan lazim FAQ di sini.

GoCar juga merancang untuk memperkenalkan dua lagi perkhidmatan baru, GoDriver dan GoValet. GoDriver menyediakan perkhidmatan kereta bersama pemandu, dari RM179 selama 4 jam di Lembah Klang. Surcaj tambahan RM50 dikenakan untuk ke negeri lain. GoValet pula ialah perkhidmatan penghantaran kereta ke rumah. Kedua-dua perkhidmatan ini dijangka akan diperkenalkan dalam tahun ini juga.

Sumber: GoCar