• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Cara untuk jana kod QR MySejahtera percuma untuk kenduri-kendara anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:32 pm
  • 06/08/2020
  • Komen
PENJANA: RM50 e-Wallet akan diberi selepas muat turun aplikasi MySejahtera
Share on FacebookShare on Twitter

Penggunaan MySejahtera kini diwajibkan untuk semua premis perniagaan seperti yang diumumkan oleh MKN pada 4 Ogos 2020.

Penggunaan daftar masuk MySejahtera akan diwajibkan di semua premis perniagaan

Tapi tahukah anda yang MySejahtera juga sangat berguna apabila anda adakan acara seperti rumah terbuka, kenduri-kendara, ataupun apa-apa acara keramaian dan ingin merekodkan siapakah tetamu anda bagi memudahkan pengesanan kontak rapat.



Jangan risau, benda ini percuma dan sangat pantas untuk dilakukan. Anda boleh pergi ke:

https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/



Gunakan nombor telefon ataupun emel, anda boleh wujudkan akaun yang akan digunakan untuk mentadbir setiap kod QR yang anda telah jana.

Setelah log masuk, anda boleh cari butang “Add Locations” untuk mulakan proses menjana QR. Kod pertama yang anda jana perlukan anda untuk masukkan alamat lokasi tempat kod QR ini akan digunakan.

Bila anda dah masukkan semua maklumat yang diperlukan anda akan diberikan kod QR MySejahtera yang anda perlukan. Kod QR itulah yang boleh anda tampal di pintu-pintu masuk kenduri anda.

Andainya anda pemilik kod QR tersebut, anda boleh lihat laporan check-in pengunjung yang telah mengimbas kod anda.

Katakanlah anda ada lebih daripada satu majlis yang berlaku di hari berlainan ataupun di lokasi berlainan, anda boleh tambah kod QR melui laman web yang sama.

Tapi yang peliknya, untuk setiap QR kedua dan seterusnya, sistem tidak pula meminta alamat untuk lokasi tersebut. Sudah tentu kita tak mahu wujudkan akaun baharu semata-mata untuk jana kod QR yang baru bukan?

Salah satu kekurangan sistem ini selain tak meminta alamat untuk kod QR yang seterusnya adalah tiada fungsi mentadbir lokasi. Lebih bagus kalau ada fungsi untuk menyembunyikan lokasi yang sudah tak digunakan.

Tags: COVID-19covid19mysejahtera
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

29 Mac 2023
Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
PENJANA: RM50 e-Wallet akan diberi selepas muat turun aplikasi MySejahtera

Cara untuk jana kod QR MySejahtera percuma untuk kenduri-kendara anda

6 Ogos 2020
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

25 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER