• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Buds Live kini ada ANC dengan rekaan unik lebih radikal

  • OLEH Najib
  • 2:25 pm
  • 06/08/2020
  • Komen
Samsung Galaxy Buds Live kini ada ANC dengan rekaan unik lebih radikal
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu produk yang turut dilancarkan di samping Galaxy Note 20 adalah fon kepala TWS yang diberi nama Samsung Galaxy Buds Live. Ia tampil dengan rekaan unik yang belum pernah dilihat sebelum ini. Paling penting, ia adalah fon kepala TWS pertama Samsung dengan sistem penyaring hingar aktif (ANC).

Samsung adalah salah satu dari pengeluar fon kepala TWS yang tidak meniru rekaan Apple Airpods. Dengan Galaxy Buds Live, ia direka dengan lebih radikal, yang mengisi lebih banyak ruang di dalam cuping telinga.



Harga dan Tarikh Jualan

Jika anda jatuh hati pandang pertama atau memang peminat peranti Samsung, Galaxy Buds Live akan dijual di pasaran terpilih bermula 6 Ogos 2020. Tetapi tarikh jualan untuk Malaysia masih belum diketahui. Berita baiknya, Samsung Malaysia telah mengumumkan harga rasmi untuk Galaxy Buds Live, iaitu RM699. Ia RM100 lebih mahal dari Galaxy Buds+.

Untuk pilihan warna pula, Samsung membariskan tiga warna di pentas pelancarannya. Ia termasuk warna tema kali ini, Mystic Bronze bersama warna Mystic White dan Mystic Black.



Spesifikasi

Sementara kotak pengecas Galaxy Buds Live kelihatan agak biasa, fon kepala itu sendiri berbentuk seperti kacang merah yang sangat besar. Ini memberitahu pengguna bahawa ia bukanlah jenis di dalam telinga, yang menyumbat ke dalam lubang telinga. Sebaliknya ia diletakkan di atas lubang telinga sahaja.

Galaxy Buds Live mempunyai permukaan peka sentuhan, membolehkan beberapa arahan dilancarkan terus dari fon kepala tersebut. Di dalamnya, ia memiliki pemacu audio 12mm bersama tiga mikrofon. Dua mikrofon di bahagian luar dan satu di dalam, untuk membantu menyaring hingar secara aktif. Bunyi pula dikeluarkan melalui lubang di tengah-tengah fon kepala.

Sistem ANC di Galaxy Buds Live dinyatakan mampu menyaring bunyi bising lebih baik dari biasa. Hayat bateri pula dikatakan berjumlah 29 jam, termasuk mengecas berulang kali dengan kotak pengecas dengan ANC dipadam. Untuk fon kepala itu sahaja, ia boleh memainkan lagu hingga 8 jam. Dengan ANC dihidupkan dan Bixby Voice berfungsi sepanjang masa, ia boleh memainkan muzik sehingga 6 jam dan sejumlah 21 jam bersama kotak pengecas.

Selain mengecas melalui USB-C, kotak pengecas Galaxy Buds Live turut menyokong pengecas wayarles Qi. Tetapi ia tidak boleh dibawa berenang kerana memiliki pengiktirifan IPx2 sahaja. Bermakna, boleh menerima beberapa titisan air tetapi tidak digalakkan untuk aktiviti kecergasan yang banyak berpeluh.

Satu lagi fungsi baru di Galaxy Buds Live yang dilihat merupakan kemaskini perisian, adalah Buds Together. Ia membolehkan pengguna berkongsi mendengar lagu yang sedang dimainkan, bersama pengguna lain yang turut memiliki Galaxy Buds Live. Jadi tak perlu berkongsi sebelah fon kepala sahaja.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang fon kepala baru Samsung ini, layari laman produk Galaxy Buds Live.

Tags: samsungSamsung Galaxy Buds Live
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy Buds Live kini ada ANC dengan rekaan unik lebih radikal

Samsung Galaxy Buds Live kini ada ANC dengan rekaan unik lebih radikal

6 August 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN