Jadi bos sendiri dengan BeBoZz by Celcom

(Artikel ini dibawakan kepada anda oleh BeBoZz by Celcom)

Anda sedang mencari kerja sampingan atau mahu memulakan empayar perniagaan sendiri? Anda boleh bermula dengan BeBoZz. Ia menyediakan ruang untuk anda bekerja ikut masa sendiri, di mana-mana sahaja.

Celcom adalah syarikat telekomunikasi terunggul di Malaysia dengan lebih dari 12 juta pengguna di seluruh Malaysia. Celcom juga memiliki liputan rangkaian paling meluas di Malaysia, menjadikannya pilihan utama rakyat Malaysia.

BeBoZz memberi peluang kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia, untuk menjadi usahawan produk prabayar dan pascabayar Celcom. Apa yang diperlukan hanyalah telefon pintar dan talian internet, serta kos pendaftaran serendah RM20 sahaja.

Langkah untuk menyertai BeBoZz juga sangat mudah. Pertama, muat turun aplikasi Celcom Pulse di Google Play atau Huawei AppGallery, kemudian isi butir peribadi dan maklumat pembayaran, dan akhir sekali buat pengesahan melalui emel. Selepas itu, wakil Celcom akan menghubungi anda dalam masa 2 hari bekerja.

Produk Celcom sering mendapat permintaan tinggi di Malaysia, jadi sesiapa sahaja boleh menjadi peniaga yang berjaya dengan BeBoZz. Mulakan langkah pertama anda menuju impian dengan BeBoZz.

Muat turun aplikasi Celcom Pulse atau layari laman web Celcom sekarang untuk maklumat lanjut.

BACA  Rangkaian Celcom dan MVNO di bawahnya terganggu lagi?