Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Warganet berbalah pendapat tentang tarian dangdut Goyang Upin Ipin

Upin Ipin merupakan kartun animasi yang diminati ramai kanak-kanak. Kembar cilik ini memiliki ramai peminat di Malaysia dan lebih banyak lagi di Indonesia. Mungkin kerana itu, Les Copaque selaku penghasil animsi Upin Ipin, telah melancarkan video muzik yang dipanggil ‘Goyang Upin & Ipin’.

Video ini menampilkan Upin Ipin dan rakan-rakan, menyanyi dan menari melenggang-lenggok mengikut irama dangdut lagu tersebut. Selepas 24 jam dimuat naik, video ini telah ditonton lebih sejuta kali.

Walaupun ia berjaya menarik ramai penonton, banyak juga komen di media sosial yang tidak suka dengan video tersebut. Salah satu darinya ialah dari YouTuber Akhi Fairuz Al-Jengkawi. Beliau sebelum ini mengajak orang ramai untuk melaporkan sebarang video Upin Ipin, yang diubahsuai dengan memuatkan unsur lucah.

Akhi Fairuz menjelaskan, beliau tak faham kenapa Les Copaque mempromosi budaya gelek dan dangdut kepada kanak-kanak kerana ada banyak lagi tarian di nusantara ni yang lebih sopan dan berbudaya. Malah, beliau menyamakan video muzik ini, sama taraf dengan video berunsur lucah yang cuba beliau perangi sebelum ini.

Dalam sudut lain, ramai pengguna media sosial mempersoalkan pula tujuan Les Copaque tidak menggunakan tarian yang lebih dekat dengan budaya Malaysia. Antaranya mengatakan Les Copaque menukar angin untuk menarik peminat yang jauh lebih besar di Indonesia.

Apa pula pendapat anda dengan video muzik ini? Adakah ia sesuai dan baik untuk kanak-kanak?

BACA  TM benarkan pelanggan Unifi 500Mbps turun taraf pelan tanpa penalti