Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Sony perkenal WH-1000XM4, fon kepala penyaring hingar terbaik generasi ke-4

Pasti ramai bersetuju jika dikatakan bahawa Sony WH-1000 adalah salah satu fon kepala dengan penyaring hingar aktif (ANC) terbaik di dunia. Sony kini telah melancarkan generasi keempat untuk fon kepala ini, WH-1000XM4 bagi menggantikan model WH-1000XM3 yang menjadi kegemaran ramai.

Sekali imbas, memang sukar untuk membezakan XM4 dengan model lama XM3. Malah, ia tidak jauh berbeza dengan yang asal. Mungkin ini yang dikatakan, jika tidak rosak mengapa perlu diubah.

Dari segi fizikal, Sony telah mereka semula pad telinga menjadi sedikit lebih besar agar lebih selesa digunakan untuk masa yang panjang. Bahan dalamannya juga dibina semula agar memberi tekanan yang samarata semasa dipakai. Selain itu, jahitan di dalamnya dialihkan lebih ke dalam, mengelakkan geseran yang tidak selesa di telinga.

Untuk bateri, ia tidak berubah dari model sebelumnya. WH-1000XM4 memiliki hayat bateri sehingga 30 jam dengan cas penuh. Pengecasan pantas selama 10 minit boleh memberikan masa penggunaan sehingga 5 jam. Cas penuh dari kosong pula mengambil masa 3 jam.

Teknologi ANC padanya masih mengekalkan kualiti yang sama, menggunakan dua mikrofon pada setiap sebelah. Cip QN1 yang sama tetapi menggunakan algoritma yang baru, menyaring hingar pada masa nyata dnegan lebih tepat.

Untuk kualiti muzik pula, WH-1000XM4 kini menggunakan teknologi DSEE Extreme yang menaik taraf kualiti lagu MP3 menghampiri audio resolusi tinggi. Ia dibantu dengan teknologi Edge-AI yang menganalisa lagu masa nyata dan mengenalpasti instrumen yang dimainkan, sekaligus mengembalikan semula bunyi kualiti tinggi yang hilang akibat pemampatan fail.

Salah satu fungsi menarik pada WH-1000XM3 dahulu adalah keupayaan ‘Quick Attention‘, iaitu mendengar bunyi sekeliling dengan hanya menekap tangan ke sebelah fon telinga. Ia kini dinaik taraf dengan fungsi ‘Speak-to-Chat‘, di mana ia boleh mengesan suara pengguna bercakap secara automaik, seterusnya menghentikan lagu dan membenarkan bunyi sekeliling didengari. Tidak lagi perlu menekap tangan, tetapi fungsi ini masih ada jika diperlukan.

BACA  PROMO: Jualan istimewa Honor sempena hari gaji, tambah RM70 untuk aksesori lebih murah

Antara aduan tertinggi dari pengguna WH-1000XM3 adalah semasa membuat panggilan. WH-1000XM4 menambah teknologi baru ‘Precise Voice Pickup‘ yang menggunakan lima mikrofon untuk menangkap suara panggilan pengguna, agar lebih jelas didengari pemanggil.

Dengan teknologi Bluetooth 5, fon kepala WH-1000XM4 boleh bersambung ke dua peranti serentak. Ia juga menyokong Google Fast Pair, jadi ia boleh bersambung ke peranti Android dengan mudah dan pantas.

Secara keseluruhan, perubahan pada WH-1000XM4 tidaklah terlalu besar berbanding WH-1000XM3. Rekaannya dikemaskini sedikit tanpa perubahan ketara dan teknologi audio juga dilihat tidak memberikan perbezaan bunyi yang ekstrem. Dirasakan tiada keperluan untuk pengguna WH-1000XM3 bertukar ke WH-1000XM4.

Menariknya, Sony Malaysia telah mengumumkan harga jualan untuk WH-1000XM4 iaitu RM1,599 dengan pilihan warna hitam atau perak. Ia adalah harga yang sama dengan WH-1000XM3 sebelum ini.

Sony Malaysia juga kini mengadakan promosi untuk pembeli terawal. Dari kini sehingga 31 Ogos 2020, pembelian fon kepala WH-1000XM4 akan turut menerima hadiah percuma berupa pemegang fon kepala edisi terhad dan kad Starbuck RM50. Ia boleh dibeli di Stor Sony di The Curve dan KLCC, di Stor Sony Online dan pengedar sah di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman produk Sony WH-1000XM4.