Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Realme C11 terbaru hadir dengan RAM 50% lebih besar

Realme C11 merupakan telefon pintar kelas permulaan terbaru yang sangat mampu dimiliki. Ia telah dilancarkan bulan Jun lepas pada harga hanya RM429. Peranti ini dikuasakan oleh cip Helio G35 bersama RAM 2GB dan storan dalaman 32GB.

Hari ini Realme Malaysia mengumumkan ketibaan varian baru Realme C11 yang lebih berkuasa. Realme C11 tidak lama lagi boleh dibeli dengan RAM sebanyak 3GB dan storan dalaman yang sama, 32GB. Harganya pula RM50 lebih mahal untuk tambahan RAM 1GB, iaitu RM479.

Varian baru Realme C11 dengan RAM 3GB dan storan 32GB ini akan mula dijual di Malaysia pada 15 Ogos 2020, di semua pengedar sah Realme. Warna yang ada juga masih sama, antara hijau mint dan hitam lada sulah.

Buat yang belum kenal, Realme C11 memiliki skrin berukuran 6.5-inci HD, dengan takuk kecil di atas. Kapasiti bateri 5,000mAh dimuatkan sebagai sumber tenaga kepada Realme C11. Ia dicas melalui mikro-USB tanpa pengecasan pantas, cukup sekadar 10W sahaja.

Kamera di belakangnya ada dua, dengan kamera utama 13MP F2.2 dan dilengkapi mod Nightscape. Kamera hadapan pula 5MP, diletakkan di dalam takuk di atas skrin.

Selain Realme C11, terdapat satu lagi telefon pintar Realme di bawah RM500 iaitu Realme C3. Dengan tambahan RM20 dari Realme C11 3GB iaitu RM499, anda boleh mendapatkan Realme C3 berkuasa Helio G70, RAM 3GB, storan 32GB, skrin HD+ 6.5-inci, bateri 5,000mAh serta 3 kamera belakang.

BACA  Reviu Realme 7 Pro: 1 langkah kebelakang, 2 langkah kedepan