Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Ini implementasi skrin boleh lipat paling praktikal pernah saya lihat

Skrin boleh lipat dalam telefon pintar sukar sekali untuk matang. Bermula dengan Galaxy Fold dan Mate X, setiap iterasi yang hadir kemudiannya tidak banyak perubahannya. Begitu banyak sekali pemboleh ubah yang perlu dicongak, daripada mekanisme engsel, hinggalah panel paparannya.

Tapi, di kategori yang berasingan, peranti e-Reader yang menggunakan paparan e-Ink boleh lipat Nampak sangat praktikal sekali. Yang saya Nampak ada dua masalah yang telah diselesaikan melalui implementasi ini iaitu masalah ruang baca yang sedia terhad dan satu lagi adalah e-Reader yang lebih tahan lasak kerana cengkerang luarnya boleh melindungi bahagian depan dan belakang produk.

Prototaip ini dihasilkan oleh E Ink Tokyo RND. Ia diperkasa paparan e-Ink monokrom fleksibel sebesar 10.3”. Apabila dibuka, ia seperti anda membaca buku yang sebenar.

Lebih menarik, disebabkan ia tiada lampu latar untuk kegunaan dalam ruang gelap, prototaip ini dilengkapi sepasang lampu LED yang boleh diaktifkan.

Teknologi e-Ink sangat popular dalam kalangan produk e-Reader disebabkan ia sangat cekap tenaga. Elektrik hanya digunakan apabila paparan ingin disegar semula. Selagi pengguna tidak menyelak “halaman” e-Reader, imej yang terpapar atas skrin akan kekal, tanpa gunakan sedikit bateripun.

Sumber

BACA  Siri Realme 7 akan menyokong pengecas SuperDart 65W yang mengisi penuh dalam 34 minit